Setitis Tinta Secangkir Madu


Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT. kerana dengan hidayah dan Inayah Nya membolehkan kita semua masih lagi menabur bakti terhadap anak bangsa di tanah air yang tercinta ini.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana diberikan sedikit ruang untuk memperkatakan sepatah dua kata sempena dengan pembinaan laman Sek. Kebangsaan Kampung Baharu ini. Sesungguhnya program yang seumpama ini amatlah berguna dan banyak manfaatnya kepada semua terutamanya pelajar-pelajar kita yang sangat dahagakan ilmu pengetahuan. Web Site seumpama ini boleh dijadikan sebagai suatu medan yang boleh kita gunakan untuk menyebarluaskan lagi ilmu pengetahuan yang kita miliki bukan sahaja kepada murid di mana tempat kita mengajar sahaja, malah dengan perkampungan global kini maka sesiapa dan dimana sahaja ianya boleh dicapai.

Globalisasi juga telah menjadikan dunia pendidikan seakan sebuah Library sahaja. Kita boleh mencapai berbagai maklumat, bila-bila masa dan dimana sahaja yang kita sukai. Sekarang pilihan terletak ditangan kita, samada menggunakan kemudahan yang ada dengan secara yang positif atau sebaliknya. Tepuk dada tanya iman.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru sekolah ini yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan laman ini. Kerja yang seumpama ini tentunya tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna tanpa komitmen yang tinggi. Harapan saya semoga semua guru sekolah ini akan memanfaatkan kemudahan yang ada ini untuk membestarikan lagi kaedah dan format P&P masing-masing agar dapat melahirkan modal insan yang terbilang.

Sekali lagi saya ucapkan tahniah di atas pembinaan laman ini semoga ianya akan menjadikan pendorong kepada anak didik kita dalam menghadapi masa mendatang dengan lebih tekun dan berwawasan.

Sekian terima kasih.

Yang Benar.

En Azemi bin Yazid

Guru Besar

SK Kg. Baharu.

3 Responses to “Setitis Tinta Secangkir Madu”

  1. Muhammad Faris Bin Nor Azman Says:

    selamat hari lahir cikgu ramli..saya ialah pelajar tahun 6 pada tahun 2006 sk kampung baharu..

  2. nik suhaili Says:

    Semoga Allah merahmati roh allahyarham dan ditempatkan disamping orang2 yg soleh dan beriman…Amin

  3. Amirah Nur Amanina Says:

    Amin…………………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: