Santapan Rohani


BERAKHLAK DENGAN ALLAH.

* Mengenali sifat Allah dan menyakininya.
* Merasa kehebatan dan keagongannya.
* Merasa gerun dengan neraka Allah.
* Merasa diri sentiasa diawasi oleh Allah.
* Merasa hina dan malu dengan Allah.
* Meredhai setiap takdir dan ketentuan Allah.
* Sabar atas sebarang ujian yang di berikan oleh Allah.
* Mensyukuri ni’mat-ni’mat pemberian Allah.
* Merasa takut pada Allah atas kecuaian dan dosa kita.
* Sentiasa bertawakkal kepada Allah.
* Sentiasa berharap pada rahmat Allah.

BERAKHLAK DENGAN IBUBAPA.

  • Taat kepada kedua-duanya kecuali dalam perkara maksiat.
  • Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
  • Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
  • Tidak meninggikan suara bila berbicara bersama mereka.
  • Tidak memotong perbualan mereka.
  • tidak keluar rumah tanpa keizinan mereka.
  • Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan dan mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
  • Tidak merendah dan menghina mereka apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak menyenangkan kita.
  • Tidak tertawa berdekah-dekah di hadapan mereka.
  • Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
  • Tidak memanjangkan tangan untuk menjamah makanan yang dihadapan mereka.
  • Tidak tidur dan berbaring ketika meeka sedang duduk kecuali dengan keizinan mereka.
  • Tidak menjulurkan kaki dan tidak berjalan di hadapan mereka.
  • Menjawab panggilan mereka dengan seberapa yang boleh.
  • Memuliakan sahabat mereka baik semasa mereka masih hidup atau sesudah mati.
  • Tidak berkawan atau bergaul dengan mereka yang mendurhakai ibubapa.
  • Selalulaah berdoa kepada kedua-duanya terutamanya setelah mereka telah meninggal dunia sebagaimana firman Allah dalam alquran ” Tuhanku………kasihanilah mereka sebagaimana mereka mendidikku ketika aku masih kecil”.
  • BERAKHLAK DENGAN GURU.

    * Memberi salam dan sentiasa menghormati mereka.
    * Duduk dengan tenang dan sopan semasa berada dihadaapan mereka.
    * Tidak membuat bising diwaktu kehadirannya dan ketiadaannya.
    * Jika ingin bertanya mintalah keizinannya terlebih dahulu.
    * Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
    * Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
    * Apabila ingin keluar dari majlis ilmunya mintalah kebenaran terlebih dahulu.
    * Elakkan berhujjah dengan guru, jika terpaksa berhujjah, lakukanlah dengan beradab dan sopan iaitu dengan lemah lembut dan bijaksana.
    * Hindari dari menyinggung perasaan guru.
    * Sentiasa berbaik sangka dengan guru.
    * Memberi bantuan dengan apa yang dapat dibantu.
    * Lakukan perkara yang disenangi oleh guru dan tidak menyakiti hati dan perasaannya.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: