Emel Sekolah


skkgb.ppdbesut@gmail.com

42 Responses to “Emel Sekolah”

  1. tahniah dan syabas diducapkan kpd warga sk kg bharu,kuala besut..krn dapat mengilhamkan website yg cukup menarik..semoga trus maju

  2. KELAS MALAM

    Saya tidak bersetuju kelas tambahan pada waktu malam.
    Tolong kaji semula.

    • saya setuju dgn en selubar.
      kelas malam ni menyusahkan ibu bapa je

      • Salam En Selumbar,
        Saya hormati pendapat En Selumbar di atas.Tetapi sayangnya En Selumbar tidak menjelaskan apa yang menyusahkan En Selumbar jika anak hadir ke kelas malam di sekolah. Apakah En Selumbar tidak dapat menguruskan pengangkutannya ke sekolah pada waktu malam, atau pun tentang bayarannya yang di sebut RM30 tu? Pada pendapat saya yang pertama tu bukan masalahnya. Jika tentang bayaran, maka saya sarankan En Selumbar berjumpa dengan pihak sekolah untuk berbincang ataupun saya cadangkan En Selumbar datang pada mesyuarat agung PIBG sekolah itu dan nyatakan pendapat En Selumbar tentang bayaran yang pada En Selumbar yamg mahal tu. Kita dengar sama pendapat ibubapa yang lain.Rasa saya itu cara yang paling berhemah dan paling effektif sekali, biar Pengerusi PIBG dengar masalah En Selumbar. Kita tengok reaksi ibubapa yang lain.

    • mat yes bin mat no Says:

      Ini bapa budak ko budak tu sendiri yang tok se mari kelas.

  3. bapa prihatin Says:

    salam,
    pada pendapat saya, kelas malam ada kebaikan dan ada juga keburukan, tapi pandangan saya berbeza dengan pendapat selumbar dan kamal.Bagi saya kelas malam banyak kebaikannya:
    1. sekurang-kurangnya pelajar akan belajar walaupun sedikit, kalau di rumah bagaimana?
    2. sebagai ibu bapa yang pernah mempunyai anak dan telah mendapat 5A bagi saya kelas malam amat perlu.
    3. sepatutnya sebagai ibu bapa kita patut rasa bersyukur kerana guru-guru sanggup tinggal anak dan isteri demi memastikan kejayaan anak-anak kita.
    4. Janganlah kesusahan sedikit dan pengorbanan ibu bapa amat perlu bagi memastikan kejayaan anak-anak.
    5. ibu bapa fikirlah, kalau begini pemikiran ibu bapa sampai bila anak akan berjaya.
    6. Kejayaan sekolah ini yang pernah mendapat 38 org 5A, 33 org 5A, dan tahun lepas 34 org 5A, kalaulah tidak dibuat kelas tambahan malam atau siang adakah ianya akan tercapai.
    sebagai ibu bapa yang pernah mempunyai anak yang memperolehi 5A UPSR saya memohon maaf bagi pihak kamal dan selumbar.jangan patah semangat teruskan usaha demi anak didikmu. pengorbanan dan kesusahanmu hanya Allah saja yang tahu.

    • bagi pendapat saya,
      pertamanya saya bersetuju dgn penadapat bapa prihatin dimana kelas tambahan amatlah wajar sekali terutamanya untuk murid-murid yang bakal menghadapi upsr ini.
      Keduanya, saya juga bersetuju dgn pendapat en selubar & en kamal di mana saya tidak bersetuju jika kelas malam diadakan pada waktu malam. Persoalan saya, adakah setiap murid yang belajar kelas malam akan dijamin lulus??? Kalau dijamin lulus, saya pun setuju dgn kelas malam ni…
      Sekian

    • guru mengajar tu dpt duit.
      macam kami orang kampung ni kena bayar pula rm30 sebulan.
      mana kami nak cekau..?
      orang banyak duit boleh lah cakap gitu.

      • Guru guru datang kesekolah waktu malam meninggalkan anak bini di rumah untuk mengajar anak2 tuan puan memang amat patut diberi imbuhan. Mereka juga ada anak. Anak mereka juga sekolah. Ada kerja sekolah. Mereka lah tempat anak2 nak bertanya apa2 yang tak faham, tapi mereka tak ada, mereka pergi mengajar anak2 orang lain dan meninggalkan anak2 sendiri di rumah. Mereka juga pergi naik kereta, naik motor. Kereta dan motor perlu diisi dengan minyak petrol. Petrol perlu dibeli.Ia memerlukan duit. Apa kita harap mereka menggunakan duit gaji mereka sendiri. Dahlah tinggal rumah waktu malam, habis masa lagi, isi minyak lagi. Jika semua sumbangan dari pihak guru2, apa pula sumbangan dari pihak tuan sebagai ibubapa kepada anak2 tu. Apakah tuan mengharapkan guru2 supaya ikhlas sepanjang masa di zaman yang setiap langkah kita memerlukan duit. Sekian.

    • zaman saya dulu takde pun kelas malam, tapi dapat gak 5A

      • Boon Siew tauke Honda, tak sekolah, buta huruf, jadi jutawan jugak, kaya raya…….lu pikir la sendiri.

  4. maksud saya lulus dgn sekurang2nya 3A

    • betul tu ckp mazlan. anak2 mesti belajar di rumah di waktu malam.
      kelas mlm ni menggalakkan anak2 keluar malam….

      • Salam Pn Esah dan En Mazlan,
        Saya berminat dengan isu ini. Izinkan saya sama membincangkannya. Pertama tentang jaminan sekurang2nya 3A. Pendapat saya, tiada institusi pendidikan dalam dunia ini yang dapat memberi jaminan sebegitu. Sekolah hanya memberi jaminan yang anak2 kita akan diberi ilmu yang secukupnya yang mereka termampu untuk menghadapi peperiksaan, selebihnya usaha anak kita dan anak kita sendiri untuk mencapai kejayaan. Seperti mana askar2 yang bertempur dimedan perang. Mereka telah dilengkapi ilmu peperangan dengan senjata yang cukup dan juga peralatan yang canggih seperti askar Amerika, tapi dapatkah kerajaan amerika memberi jaminan semua tentera mereka akan pulang dengan selamat.
        Tentang kelas malam menggalakkan anak keluar malam. Mungkin ada benarnya, tetapi mereka ke sekolah, bukan ke tempat lain, sebagaimana setengah orang menghantar anak mereka mengaji di waktu malam ataupun membawa anak mereka sembahyang isyak dimasjid juga waktu malam, tiada salahnya malam,asalkan kita pastikan kemana anak kita pergi.

  5. bapa protokol Says:

    tidakkah pihak sekolah terfikir murid2 akan penat jika balik kelas malam kul 11mlm???
    tak bolehkah kelas malan sapai kul 9mlm jer????

    • ha, betul tu bapa protokol

    • Salam bapa protokol,
      Tentang anak balik lewat kelas malam. Mungkin benar. Pukul 11 memang agak lewat. Saya cadangkan bapa protokol datang ke sekolah berbincang dengan Guru Besar mengenai masalah tu. Kalau pukul 9 habis.Mula pukul berapa. Rasa saya paling awal pun pukul 8 takkan pukul 9 habis dah. Sejam saja. Berbaloilah ibubapa menghantar anak mereka pada waktu malam untuk kelas sejam sahaja. Saya ingin menasihatkan supaya Bapa protokol, En Selumbar, En Mazlan, Puan Esah supaya berbincang perkara ini dengan Guru Besar. Kelas tambahan biasanya memanglah wajib pada semua murid kerana ia adalah program sekolah. Namun wajibnya tidak lah seperti persekolahan wajib sesi pagi. Jika Tuan2 memberikan alasan munasabah saya percaya GBesar SK Kg Baharu akan memberi pengecualian kepada anak tuan puan untuk kelas malam ini. Mungkin anak2 tuan puan cuma mahu hadir pada waktu siang sahaja, jadi mungkin juga bayarannya cuma separuh sahaja RM 15. Minta maaf. Ini pendapat saya sahaja.

  6. pah nak lagu mana……royat ler………..kawe rasa kita tokleh nak tentu anak kita dapat berapa…atas usaha anak anak ,ibubapa dan cikgu….sapo buleh royat esok nak jadi lagumana….hanya tuhan yang tahu….tapi kalu tak usaha nampok dulu lg lah…..tok berapa nak buleh…….5a….sekoloh wat kelas sebagai ikhtiar dan usaha meningkatkan prestasi ok doh tu….kawe tok de nok cara ko anak,,,,,tok reti,,,,seah ko sekoloh….30 bkn banyak….sebab kawe hisap rokok 7 rial sehari…buleh…

  7. demo isap rokok gapo 7 rial…murah teh!!

  8. Orang Kampung Says:

    Salam,
    Untuk pengetahuan en.Mazlan dan semua, apabila pihak sekolah buat sesuatu program hanya untuk ikhtiar dan usaha ,segala kejayaan hanya kehendak Allah semata. Kalau usaha dah tak sir tak tahulah. kalu tak suka kelas malam tak soh hantar. dtg ke sekolah royak ko guru besar tak mahu kelas tambahan untuk anak tuan. habis cerita. kelas malam yg dbuat oleh sk. kg baru ni dah hampir lebih 15 tahun dah. mana ada kelas tuisyen yg murid hadir sebanyak 32 kali sebulan kelas tambahan hanya perlu bayar RM30.00.Carilah……..dan beritahu. bukan saya nak bela sekolah tetapi apabila usaha yang bersungguh dilakukan oleh pihak sekoah ditentang oleh ibu bapa. saya rasa yang tidak bersetuju ni adalah ibu yang baru datang ke sini.

    • bukan tak setuju kelas tambahan. bukan soal duit tapi kalau boleh biarlah buat sebelah siang. dari kul 3 ptg hingga kul 6.30 ptg ke….. Dah 3jam setengah tu. Tapi inikan cuma cadangan. Kalau tak boleh…takpa lah…

      • Tak boleh buat kelas secara berterusan selama 3 jam pada budak2, orang tua pun tak larat. 2 jam adalah maksimum. Itu pun perlu ada waktu rehat di antaranya. Kelas 3 jam straight adalah membazir masa. Murid takkan dapat apa2 apabila mereka hilang tumpuan. Biar mereka beriadah pada waktu petang.

      • takkan lah nk belajar 3jam berterusan. selang sejan tu bagi lah rehat 10 minit. Haiya

      • kelas malam ganti ari sabtu ke

  9. demo ingat 7 rial tu muroh ko? kawe isap rokok salem 14……kiro kelah doh tu…7 x 30 = 210 ….gak bo 30 tu….smeset jah

    • Kelah gapo rokok salem 14 tu.Ore yang isap rokok mano ado kelah.Menyusohke ore lain jah.

      • DIN demo molek sikit….kawe tok nyusoh kokre….tok mitok duit demo pong…kalu sero toksir bau asap pakailah topeng h1n1…..pelik apo…..kawe rasa kelah……ikut kawe aahhhhhhhhhhhhhhh…bab kelah malam ni….kalu tok mari cikgu marah dok.??????? Mazlan….hari sabtu kawe ada plan skalo nga famili kawe nok derat etek……..padan dah 5 hari siang malam tu….tapi kalu wat hari sabtu…rasanya kita kena bayar lebih lah 50 ko sbulan….isap rokok metar…deh

  10. bereh doh ….kayal …metar….lagu nih ambo rasa kalu ada sapo sapo hok tok setuju kelah malam ,,,takpo sero…..royat ko pihak skoloh lah…skoloh tu cikgu dio ok blako…GB …baru tu baik weh…ambo rasa dia pehe….tapi rugi lah 32 kali kelah malam siang…rm30 rial jah bayar muroh tu…serial skali mari lah lebih kurangnyo….eh eh eh muroh…ilmu hok buleh tu tok ternilai harganyo….kalu nak beli

    • masalah nya kawe pun cikgu jugok. Kalo smuo budok gi tuisyen siang malam, pah kawe nok cari makan camano???

      • Orang Kampung Says:

        Dah kalu demo nak cari makan gat, demo buat kelas ari jumaat dan sabtu. abis cerita, kawe pun nak atar anak kawe jugak.

  11. halim napi Says:

    gapo masalah sbenarnyo,nak cari makan gi dapur rumah demo lah.kedai makan banyok besut nih…kelas malam tu sangat baik tapi pendek lah sikit….pkl 8-10 tengah tengah tu rehat 20 minit….pkl 10 balik…tok lewat sangat…ok dah tu….harap di pertimbangkan…..

  12. KEPUTUSAN

    Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada semua yang respon tentang isu kelas malam ini. Baik bagi penyokong mahupun pembangkang.
    Terima kasih juga kepada pihak sekolah kerana meyediakan sebuah laman web yang boleh digunakan oleh PIBG untuk meluahkan pendapat.
    Setelah meneliti hujah-hujah pro dan kontra, saya sebagai orang yang bertanggungjawab mengutarakan isu ini dengan seikhlas hati menyokong kelas malam diadakan seperti biasa. Kerana hujah-hujah pembangkang lebih bernas dan jitu.
    Diharap isu ini ditutup serta-merta.
    Sekian terimakasih.

  13. Cikgu Mat Zait Says:

    Salam Semua,
    Terlebih dahulu diucapkan terima kasih atas keperihatinan anda semua membincangkan isu ini. Izinkan saya memberi sedikit buah fikiran yang tidak seberapa ini. Sebagai seorang guru yang terlibat 100% dengan 6 pintar dan juga Bendahari UPSR terpanggil untuk menyatakan pendapat sebagai seorang guru. Saya dan isteri saya terlibat mengajar kelas UPSR malam dan siang dah hampir 10 tahun di sekolah ini. Sebenarnya bagi kami buat kelas tambahan tak kira malam atau siang bagi kami tak apa belaka tetapi apabila memikirkan anak didik kami yang perlukan ilmu bagi saya suami isteri sanggup hadir pada waktu malam untuk mengajar anak didik kami walaupun terpaksa hantar anak-anak kami ke rumah orang lain untuk jaga mereka, perkara ini dah berlarutan hampir 10 tahun dah.Dalam masa tersebut juga terpaksa hantar anak pergi mengaji dan ambil. kesusahan itu, hanya saya dan isteri saya saja yang merasainya.Tapi itu semua tidak penting bagi kami asalkan murid kami berjaya. Prinsip kami di sekolah kerja yang biasa akan menghasilkan keputusan yang biasa dan jikalau kita lakukan kerja yang luar biasa InsyaAllah akan dapat keputusan yang luar biasa. Alhamdulillah perkara tersebut telah dimakbulkan Allah. Tentang bayaran pula saya 100% terlibat, untuk makluman semua setiap guru yang hadir mengajar kelas tambahan siang dibayar RM16.00 untuk 2 jam dan malam RM18.00 untuk 2jam 30 minit. bayaran tersebut untuk 8 kali sebulan seseorang guru hadir mengajar. Untuk makluman semua saya juga mengajar kelas tuisyen diluar dengan bayaran RM200.00 sebulan untuk 4 kali hadir, sekali hadir 1jam 30minit sahaja. Bukan apa, saya nak buat perbandingan kesanggupan guru-guru hadir mengajar kelas tambahan hanya tak sampai RM100 sebulan namum begitu guru sanggup mengajar.Ini bermakna guru yang datang bukan untuk duit tetapi untuk mendidik anak-anak kita demi kejayaan mereka dengan izin Allah Taala. Usaha telah dilakukan hanya tawakkal kepada Allah amat perlu.Kemaafaan dihulurkan kepada semua sekiranya pendapat saya menyinggung perasaan anda. Marilah kita sama-sama berganding bahu demi kejayaan anak-anak kita bersama.Sekiranya anak kita tidak memperolehi 5A bukan berertinya gagal mungkin Allah ingin menguji tahap kesabaran dan keimanan seseorang. Banyak lagi kejayaan pada masa hadapan yang mungkin akan diperolehi oleh anak-anak kita semua. sekian, terima kasih. Wassalam

  14. TUTUP KES……

  15. AFIF AIMAN BIN HAMIDI
    DARJAH 6
    CHECK KELAKUAN DLM KELAS………

    • guru disiplin Says:

      ok.TQ..SAYA CHECK ANAK ENCIK…TQ. KERANA MEMBERI KEPERCAYAAN KPD SEKOLAH SKKGB..MURID CEMERLANG,GURU CERIA,IBUBAPA BAHAGIA

  16. Salam sejahtera.
    Terima kasih kepada semua yg memberikan pendapat dan pandangan. Semoga dengan apa yg telah tuan2 kongsikan itu akan memberikan suatu imput yg berguna kepada pihak kami di sekolah ini untuk meningkatkan lagi kecemerlangan semua anak didik skkgb. Terima kasih.

  17. farah hani Says:

    saya ingin mengucapkan terima kasih kpd guru2 yg talah mengajar seluruh kelas 5 pintar duan selamat thn baru cina kpd pelajar beragama cina.wassallam.

  18. Mahasiswi Says:

    asalamualaikum.saya mahasiswi dari UiTM Kelantan berminat untuk mengadakan kem motivasi dekat sek.ni sebagai aktiviti tambahan untuk proposal program khidmat masyarakat .cadangan saya nak buat masa bulan puasa (hari sabtu *pagi sahaja dlm pukul 9pg-12mlm).lutk ebih lanjut, boleh dok saya dapatkan no.tel. pengetua sekolah ni yang terkini.Tq.ASAP🙂

  19. Assalam, rindunyer ke skolah sk kg baharu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: