Kenduri Kesyukuran@ Majlis Perpisahan@ Solat Hajat


Satu majlis kesyukuran, perpisahan guru dan solat hajat letak kerja UPSR 2011 akan diadakan hari di sekolah hari ini bermula jam 11.00 pagi dan di jangka akan berakhir pada jam 10.00 malam.

Majlis kesyukuran diadakan sempena pencapaian cemerlang 5A pelajar sekolah ini dalam UPSR tahun 2010 seramai 38 orang. Majlis perpisahan bertujuan utk meraikan 5 orang guru dari sekolah ini yg telah bertukar ke tempat bertugas baru. Mereka ialah En Zulkifly Abdullah ke SK Kerandang, En Khairul Abidin Ibrahim ke SK Kerteh, Kemaman, Pn Noor Zuraida Fauziah Zainon ke Kedah, En Rosfaizal Ab Razak ke SK Beting Lintang, Pn Saripas Jusoh ke SK Kuala Besut. Mereka telah banyak menyumbangkan tenaga dan fikiran demi kemajuan sekolah ini sepanjang tempoh berada di sini. Semoga mereka akan dapat memberikan sumbangan bakti dengan baik di tempat baru.

Ustaz Ley bersama anak buahnya “mengerjakan” bawang…

Setiausaha Pengelola Majlis Pn Norlela Yaacob turut sama “menangis”…

Pada sebelah malam pula akan diadakan solat hajat sempena Letak Kerja UPSR 2011. Untuk tujuan yg telah dinyatakan sebanyak 2 ekor lembu telah ditumbangkan. Proses gotong royong menyiapkan bahan2 utk jamuan ini telah bermula sejak malam tadi. Sebahagian besar guru telah hadir utk sama2 menyumbang tenaga dlm gotong royong ini.

Gulai Kawah sedang dipanaskan…

Proses menyiapkan juadah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: