Sayonara 2010 …


2011 telah melangkah minggu ke 3. Lajunya masa berlari. 2010 kita tinggalkan dgn seribu kenangan. Ada pahit, manis dan segala mcm rasa. Bagi setengah org tak ada rasa apa2 pun.

Bagi SKKgb tentunya terasa sesuatu. Paling tidak kehilangan bekas GB, Allahyarham Hj Abd Rashid Mohd yg telah meyahut panggilan Ilahi pd awal cuti akhir tahun lps. Paling manis pencapaian cemerlang anak2 murid seramai 38 orang mendapat 5A dalam UPSR 2010. Terasa kehilangan apabila 6 orang guru yg banyak mencurahkan keringat tenaga di sini sekian lama telah berpindah ke lokasi baru. Walau agak berat, namun lumrah tugasan, maka akan pergi jua. Mereka adalah En Khairul Abidin Ibrahim yg mohon bertukar ke Kemaman ( SK Kerteh ), Pn Noor Zuraida Fauziah Zainon ke Kedah ( Ikut suami ), En Rosfaizal Razak ke SK Beting Lintang, En Zulkifly Abdullah SK Kerandang, Pn Saripas Jusoh ke SK Kuala Besut II dan yang terkhirnya En Che Deraman mamat yg akan ke PPD Besut pada awal Februari nanti.

Kami warga SKKgB merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yg telah memberikan seluruh jiwa raga kepada kecemerlangan sekolah ini.

Tidak ketinggalan diucapkan selamat datang kepada guru yg baru berpindah ke sekolah ini, semoga dengan kehadiran anda semua akan dapat mempertingkatkan lagi pencapaian sekolah dalam semua bidang. Mereka ialah Pn. Azlina Mat Zain dari SK Kg Raja, Cik Nor Hayati Mohd Noor SK Kerandang, Pn Norazihan Ab Kadir Kemaman, Pn Siti Fatimah Hassan Kedah, Pn Sopiah Md Zin SK Kuala Besut II dan Pn SuriaAini Mohamad SK Alor Peroi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: