2010 yang laju


Salam Sejahtera.
2010 telah memasuki hari ke 38. Masa amat cepat berlalu. Benar kata pujangga, “Masa ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, maku ia akan memotong kamu”. Laman ini dah tak terusik berbulan-bulan lamanya. Komitmen amat banyak, terkadang tak kecukupan masa dan tenaga utk menanganinya. Terima kasih kepada semua yang masih sudi berkunjung.

Aktiviti di sekolah telah rancak berjalan. Terkini aktiviti Larian Sihat sedang dijalankan oleh semua sekolah. Manakala aktiviti mingguan berjalan mengikut perancangan. Apa-apa pun sokongan dan penyertaan semua warga sekolah adalah penentu segala perancangan berjalan menurut landasannya.

Sepanjang Januari lalu juga kita dikejutkan dengan berita kepulangan ke rahmatullah beberapa orang warga pendidik di daerah ini. Antara mereka ada yang masih dalam perkhidmatan dan selebihnya adalah pesara. Moralnya adalah dalam kita sibuk mengejar tugasan, kita jangan sampai mengabaikan kesihatan diri. Selalu membuat pemeriksaan kesihatan adalah cara terbaik menguruskan diri kita. Dengan berbuat demikian kita boleh bertindak cepat jika terdapat sebarang masalah yang tidak normal.

Lagi satu ialah saudara/saudari kena buat perancangan jika sesuatu yang tak diingini berlaku secara tiba-tiba. Caranya ialah dengan mengambil polisi perlindungan Takaful. Dengan berbuat demikian maka seandainya berlaku musibah yang tak dijangka, sekurang-kurangnya ada “lifejacket” kepada keluarga kita. Perancangan untuk pendidikan anak-anak juga perlu dibuat. Akan datang, bidang pendidikan pastinya tidak lagi akan sama dengan apa yang ada pada hari ini. Oleh itu bertindaklah cepat.

Sekian sahaja coretan awal 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: