Peperiksaan Online Pertengahan 2010


Nov 17, 09 4:02pm
Mulai pertengahan tahun depan, murid-murid Tahun Enam di seluruh Terengganu akan menduduki peperiksaan mereka secara dalam talian (online) selepas kesemua murid di negeri itu memperolehi e-Book yang dibekalkan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, murid-murid terlibat akan menduduki peperiksaan bulanan, peperiksaan penggal selain latihan tubi secara dalam talian bagi meningkatkan kecemerlangan mereka dalam pelajaran.

“Guru-guru akan menyediakan soalan untuk mereka sebagai latihan melalui e-Book yang diberikan kepada kira-kira 23,000 murid darjah lima tahun ini dengan peruntukan kira-kira RM23 juta,” katanya selepas menyampaikan e-Book kepada sekolah-sekolah di kawasan DUN Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu hari ini.

Seramai 503 pelajar termasuk 22 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) turut menerima e-Book berkenaan.

Ahmad berkata, 10 pelajar yang berjaya mendapat keputusan ujian bulanan terbaik secara dalam talian di setiap sekolah akan diberikan hadiah sebagai galakan.

Sementara itu Ahmad berkata pelajar Terengganu, yang akan menduduki peperiksaan SPM esok, tidak perlu bimbang jika banjir
melanda di negeri itu kerana kerajaan telah membuat persiapan sejak awal lagi.

“Banjir berlaku setiap tahun di Terengganu dan bagi pelajar yang menduduki SPM, kita memang dah sedia pusat-pusat peperiksaan yang baru untuk mereka jika banjir,” katanya.

Sebanyak 197 buah pusat peperiksaaan SPM disediakan di seluruh Terengganu dan 90 buah pusat penempatan pelajar diwujudkan jika berlaku banjir. BERNAMA

3 Responses to “Peperiksaan Online Pertengahan 2010”

  1. fatin amirah 6 cerdas Says:

    bez nyex .. ^,^

  2. nurul syifaa Says:

    sya nak sklh situ lagi dh lama x gi terengganu hahahhaha

  3. best laa saye dah pindah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: