Nukilan Rasa Seorang Hamba


yaa ROMADHON… yaa LAILATUL QODAR

Romadhon kembali lagi menjenguk bumi
merahmati duniawi memberkati insani
mengucapkan selamat berpuasa selamat bertarowieh
pada keheningan akhir 2/3 malam
bangkitlah wajah wajah kehambaan
dengan hati penuh ketaqwaan
sujud memohon keampunan mengharap keredhoan
….. menghidu wangian Lailatul Qodar
yaa Robb …..
dimalam seribu kemuliaan
Engkau menjanjikan sejuta keistimewaan
Engkau menjawab diketika hambuMu memanggil
Engkau memberi diketika hambaMu meminta
Engkau mengqobul diketika hambaMu memohon… merayu…
aduhai Romadhon… aduhai Lailatul Qodar
api cintaku padamu tak pernah padam …..

3 Responses to “Nukilan Rasa Seorang Hamba”

  1. Cikgu Mat Zait Says:

    Salam Ramadhan dihulurkan,
    Saya sekeluarga ingin mengucap Selamat Berpuasa kepada semua warga skkgb semoga pada tahun ini kita sama-sama mendapat puasa yang dirahmati dan diredhai oleh Allah swt. Saya sekeluarga juga ingin memohon kemaafan sekiranya sepanjang saya dan isteri tersayang berada di skkgb ada menyingung perasaan anda atau sebaliknya. Disamping itu juga saya memaafkan anda semua sekiranya ada anda melakukan kesilapan kepada kami. Ingatlah bahawa selagi ada dosa antara sesama manusia pahala seseorang tidak akan diterima oleh Allah. Kepada anak murid pula belajarlah bersungguh-sungguh kerana tanpa ilmu seseorang itu tidak bernilai bukan sahaja disisi manusia lebih-lebih lagi disisi Allah swt. Wasssalam

  2. Nur Aisyah Nazihah ( 5 Pintar ) Says:

    Assalamualaikum,
    Saya ingin mengucapkan Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya kepada semua guru skkgb. Maafkan saya sekiranya saya ada melakukan kesilapan.

  3. saya juga mengambil kessempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut aidilfitri yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Maaf dipinta andai terkasar bahasa. Kepada semua murid dan guru sk kampung baharu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: