Merdekakah kita ?


Esok seluruh Negeri akan menyaksikan kibaran Jalur Gemilang oleh warga sekolah lantaran arahan Jabatan kepada semua institusi pendidikan untuk mengadakan sambutan kemerdekaan tahun ini. Banyak acara telah disusun oleh guru-guru demi memeriahkan sambutan ini.

Bertemakan ” Perpaduan Teras Kejayaan ” acara tahunan ini diadakan secara sederhana serta meriah. Bagi murid sambutan ini membawa seribu satu makna kepada mereka. Ada yang berkata ” merdeka ertinya bebas, maka kita boleh buat apa sahaja sebab kita bebas”. ” Peperiksaan dah habis, yahooo merdeka-merdeka!!!” ” Cikgu tak datang sekolah hari ni, horeey kita merdeka!!. ” sekolah dah cuti, merdeka!!!”

Apakah itu saja makna merdeka kepada generasi kita? Murid yang cemerlang tidak akan ada yang mengungkapkan kata-kata merdeka sebagaimana yang dicatatkan di atas. Bagi mereka makna merdeka jauh lebih dalam dan mendasar kepada ” kebebasan minda, jiwa, naluri, emosi, rohani serta jasmani dari kongkongan gejala negatif yang boleh menjurus kepada terlencongnya hala tuju mereka dalam mengejar impian dan cita-cita mencapai kegemilangan”

Ayuhlah teman semua. Kita kukuhkan perpaduan dikalangan kita demi kesinambungan sebuah kegemilangan.

Selamat Menyambut Kemerdekaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: