Janji Kami


” BAHAWASANYA KAMI, MURID TAHUN 6 BERIKRAR, PATUH KEPADA TUHAN, TAAT KEPADA IBUBAPA, HORMAT KEPADA GURU-GURU. KAMI JUGA BERJANJI, MEMATUHI DISIPLIN SEKOLAH, BAIK TINGKAHLAKU DAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENCAPAI 5A, MENJULANG NAMA BAIK SEKOLAH SERTA MENCATAT SEJARAH ” TAHUN TERBAIK BESUT ” DALAM UPSR 2008 ”

Demikian ikrar yang telah dilafazkan oleh 128 orang calon UPSR Sekolah ini yang telah diadakan di Dewan Ilmu dengan disaksikan oleh Guru Besar, Penolong-penolong Kanan serta semua guru. Turut serta dalam majlis ini ialah murid Tahun 4 dan 5 yang dijemput khas untuk memberikan suntikan semangat kepada mereka sebagai pelapis kecemerlangan sekolah ini.

Majlis dimulai dengan ucapan Sir Zulkifly Abdullah, Penyelaras UPSR. Dalam ucapannya beliau telah menyentuh pencapaian sekolah dalam UPSR sebelum ini dengan penpapaian tempat ketiga dan kedua. Tahun ini adalah peluang terbaik untuk menjadikan sekolah ini sebagai peneraju UPSR Daerah. Kecemerlangan juga adalah merupakan suatu hadiah kepada diri, keluarga dan sekolah.

Hj Abdul Hamid Guru Besar pula mengingatkan murid tentang kekuatan dalam diri yang perlu ada pada setiap pelajar demi melunaskan cita-cita mereka untuk memetik hasil kejayaan.
Selesai ucapan upacara menandatangani Aku Janji pada Poster diadakan. Didahului oleh murid, guru-guru sebagai saksi dan di akhiri dengan Guru Besar dan semua Penolong Kanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: