Sebulan lagi…


Ramai orang berkata ” sekarang ini masa berlalu begitu cepat sekali. Pejam celik pejam celik dah nak habis setahun”. Barangkali betul juga kata mereka. Kita sendiri pun rasa macam itu. Namun apakah benar masa berputar dengan begitu cepat.

Realitinya adalah kehidupan manusia sekarang dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Tidakada masa yang boleh diistilahkan sebagai masa lapang. Masa yang ada jika pun dianggap sebagai masa lapang ianya pasti akan diisi dengan aktiviti juga. Jika tidak aktiviti rasmi maka ianya aktiviti yang tak rasmi dari sudut kerja. Tapi masih dalam kerangka ” buat sesuatu” iaitu aktiviti.

Bagi guru sekolah terutamanya sekolah rendah, bulan Januari sahaja nampaknya yang boleh dikatakan agak rilek sedikit dengan aktiviti di kelas. Masuk sahaja bulan Februari maka bermula dengan aktiviti kokurikulum, perkhemahan, sukan dan pelbagai pertandingan. Selepas cuti pertengahan tahun maka bermulalah episod kerja pagi, petang dan malam. Walaupun sebelah petang dan malam mengajar adalah dengan “kos” ditanggung pelajar. Namun guru masih menjadi pemain utama.

UPSR tinggal lagi sebulan. Murid yang mempunyai potensi cemerlang telah dapat dicungkil hasil dari berbagai gerakgempur yang dilakukan. Mereka ini biasanya terdiri dari kalangan yang mudah dibentuk dan didorong. Yang merisaukan ada dalam kalangan murid yang tak makan dek “motivasi”. Mereka selamba dan bersahaja sejak dari awal tahun sampai akhir tahun. Namun yang membanggakan insan yang dinamakan guru tidak pernah memiliki sikap putus asa. Usaha-usaha tetap dilaksanakan walau klien tertentu nampak macam tidak akan sembuh. Harapannya jika mereka ini tidak akan berubah semasa di peringkat rendah ini maka mudah-mudahan bila mereka memasuki peringkat menengah nanti akan berlaku perubahan jika tidak pun kejutan.

Pengalaman penulis sendiri semasa di sekolah rendah mungkin boleh dijadikan contoh. Seorang rakan mempunyai rekod pembelajaran yang agak trajis. Darjah enam masih tak tau baca dan menulis, apalagi mengira. Masuk peringkat menengah kami membawa haluan masing-masing. Selepas itu saya tidak lagi menemuinya selama lebih 20 tahun. Tiba-tiba suatu hari bertemu di suatu majlis kenduri. Bila bertanya khabar rupa-rupanya beliau sekarang ini menjawat Pengurus Sebuah Bank.

Terkejut gila kata budak-budak sekarang. Siapa sangka seorang murid yg tidak menguasai 3M boleh menjadi Pengurus Bank! Moralnya dari kisah ini ialah ” kita jangan sekali putus harapan terhadap anak didik yang tidak menunjukkan prestasi sebagaimana yang kita kehendaki ” semasa di peringkat sekolah rendah. Kerana terdapat segelintir kanak-kanak yang mempunyai perkembangan daya intelek yang agak lambat. Mungkin bila masuk alam menengah potensi mereka ini akan timbul. Kita tidak tahu.

Segala usaha telah kita buat. Kini giliran ” tawakkal” pula mengambil tempat.
Wassalam.

One Response to “Sebulan lagi…”

  1. tahniah diucapkan pada semua calon UPSR 2008 dan juga semua guru terutama guru – tahun 6 yang bertungkusn lumus siang malam,saya tabik korang semua tiada kejayaan tanpa pengorbanan …….selamat hari raya aidiladha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: