LDP BERORIENTASIKAN SEKOLAH


Semua sekolah di Terengganu di kehendaki mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) berorientasikan sekolah mulai sekarang sehingga akhir tahun. Setiap guru (semua kakitangan awam) dikehendaki menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun (rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.6/2005).

Latihan ini merangkumi apa jua latihan/kursus/seminar/bengkel/persidangan termasuk kursus induksi dan kursus PTK. Rekod kehadiran kursus hendaklah dilaporkan ke dalam Kad Pelaporan Latihan yang dibekalkan ( warna biru muda ).

Terdapat tiga komponen kursus yang boleh dikendalikan iaitu Pengetahuan Profesional, Kemahiran Profesional dan Nilai dan Amalan Profesional Keguruan.

Sehubungan dengan itu JPN Terengganu telah mengadakan Kursus Pemantapan Latihan Dalam Perkhidmatan kepada Setiausaha LDP Sekolah seluruh Terengganu. Ia dilaksanakan dalam 4 siri di mana 1 siri untuk SU LDP Sekolah Menengah dan 3 siri untuk SU LDP Sekolah Rendah. Ia bermula sejak 23 April dan yang terakhir adalah pada 12 Mei semalam. Setiap siri kursus memakan masa selama 3 hari dua malam.

Setiausaha LDP yang menghadiri kursus ini diamanahkan untuk melaksanakan tanggungjawabnya diperingkat sekolah dengan berkesan agar segala perancangan Kementerian dan Jabatan akan mencapai matlamatnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: