Kem Kecemerlangan Minda UPSR 2008 Fasa 1


Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Kg Baharu akan mengadakan Kem Kecemerlangan Minda UPSR 2008 Fasa 1 pada 10 hingga 12 Mei di Kem Seri Keluang Besut, Terengganu.

Program ini akan di sertai oleh 128 murid sekolah ini. Menurut Setiausaha JK penganjur semua guru akan terlibat dalam menjayakan kem ini. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan bertugas yang telah ditetapkan.

Sementara itu peserta kem akan didedahkan dengan teknik belajar, motivasi, kaedah menjawab soalan dan kemahiran belajar. Fasilitator yang dijemput untuk mengisi slot pada kem ini adalah terdiri daripada guru-guru pakar dalam bidang pelajaran masing-masing.

Pihak sekolah juga memberikan kelonggaran kepada ibubapa pelajar untuk melawat anak mereka semasa kem ini berlangsung. Tetapi mereka diingatkan supaya datang pada masa yang telah ditetapkan iaitu semasa sesi petang ketika anak-anak mengadakan aktiviti rekreasi.

Perasmian penutup kem ini akan disempurnakan oleh PPD Besut pada petang Isnin 12 Mei ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: