Minggu ke 17


Penggal persekolahan tahun 2008 telah memasuki minggu ke 17. Masa terlalu cepat berlalu. Perhimpunan Mingguan hari ini berlangsung seperti biasa. Aktiviti minggu ini antara lain :

1] Penyampaian cenderahati kepada pelajar yang meminjam dan membaca buku paling banyak telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Enam orang pelajar telah mendapat hadiah cabutan bertuah berupa set alat tulis. Yang selebihnya pensil warna sumbangan PSS.

2] Guru Besar : Sambutan Hari Guru akan diadakan serentak di semua sekolah pada 18 Mei [ Ahad ]. Tiga perutusan akan dibaca iaitu Perutusan Menteri Pelajaran, Perutusan KPP dan Pengarah Pelajaran Negeri. Sekolah telah mendapat projek naik taraf pejabat, bilik guru, pusat sumber dan kelas. Semua projek dijangka siap dalam tempoh dua bulan. Peperiksaan Pertengahan Tahun dipercepatkan kepada 13 Mei. Surat makluman dari JPN belum lagi diterima.

3] Penolong Kanan HEM : Mengingatkan Ketua Panitia tentang Pelan Kajian Tindakan yang perlu disiapkan. Pemantauan oleh JPN akan dibuat di semua sekolah.

4] Penolong Kanan Kokurikulum : Perkhemahan Daerah Unit Beruniform akan disertai oleh sekolah. Peralatan-perlatan yang sepatutnya digunakan semasa perkhemahan perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik dan mencukupi. Ketua-ketua Unit perlu ambil tindakan proaktif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: