Wuduk dan Sains


Berwudhuk mempunyai rahsia tersendiri drpd sudut kesihatan.Menurut Dr.Magomed Magomedov dari Department of Man’s General Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan dilaporkan bahawa berwudhuk merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan2 tertentu yg dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biologi Active Spots.Menurut beliau,bangsa Cina byk mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf dalam badan dan memberi kesan positif terhadap kesihatan seseorang.

Mengikut ilmu perubatan Cina,badan manusia mempunyai lebih kurang 700 kawasan aktif dan 66 daripadanya berada di kawasan wudhuk utama orang2 Islam.

Beliau juga berkata apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwudhuk,ia merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru kepada organ2 seperti usus,perut,pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf.

Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok,ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang,usus,pankreas,hempedu,thyroid dan kawasan pinggang(lumbar area).Apabila kaki kiri dibasuh dan digosok,saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yg mengawal sistem endokrin.

Tambahan pula,mengikut Mukhtar Salem dalam buku beliau Prayers:A Sport for the Soul and Body(The Arab Modern Centre,Cairo,1990,p 52)berwudhuk mencegah seseorang drpd mendapat kanser.Ini kerana mengikut kajian semasa salah satu punca kanser adalah bahan kimia yg melekat pd kulit badan seseorang kesan drpd pencemaran yg berlaku.Pembasuhan melalui wudhuk membersihkan badan drpd kesan pencemaran ini.

Berhubung memasukkan air ke dlm hidung,mengikut kajian yg dilakukan oleh para doktor drpd Universiti Alexandria,perbuatan ini mencuci rongga hidung drpd kuman dan kotoran yg melekat pd bulu hidung.

Perbuatan berkumur pula membersihkan mulut drpd sisa2 mknn yg melekat di celah2 gigi ditambah pula dengan galakan Rasullullah supaya setiap muslim bersiwak(menggosok gigi).
Rasullullah pernah bersabda”Jika tidak menyusahkan umatku,akan aku suruh mereka berwudhuk setiap kali mereka hendak bersolat dan aku suruh mereka bersiwak ketika berwudhuk.”Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yg sahih.Menurut Malaysia Healthcare Guide terbitan 1997,antara cara terbaik untuk mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan atau sekurang-kurangnya berkumur mulut.

Rujukan daripada buku ‘Quran Saintifik’ hasil karya Dr.Danial Zainal Abidin(PTS Publication)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: