Selamat Hari Pekerja


Salam.

Kami warga kerja SK Kg Baharu mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua teman2 diseluruh negara khususnya warga pendidik Daerah Besut dengan harapan jadikan kerja kita semua sebagai ibadah.
Firman AlLah Swt.yang bermaksud ” Dan ( ingatlah ) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu, Aku tidak sekali-sekali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. SesunggunhNya Allah Dialah sahaja yang memberi rezeki ( kepada sekalian makhluk-Nya dan Dialah sahaja ) yang mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Maha kuat kukuh kekuasaan-Nya”

Kesempatan ini saya mengingatkan diri sayadan teman2 agar kita semua berusaha untuk sentiasa memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan menurut tuntutan syara’ , antara lain ialah;

a) Niat yang ikhlas untuk mendapatkan keredaan dari Allah s.w.t. di samping mengharapkan pekerjaan itu diterima sebagai ibadah dan amal soleh .
b) Berazam dengan semangat bekerja bersungguh-sungguh sehingga mampu menghasilkan daya cipta dan kreativiti yang berkualiti kepada organisasi dan pelanggan .
c) Bijak dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tindakan terutama dalam soal mengelak berlakunya pembaziran .
d) Hendaklah sentiasa mengamalkan sikap sabar setiap masa dan bertawakal serta berdoa kepada Allah s.w.t. bagi menjamin hasil yang sempurna dan berkualiti.

INFO :

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: