Selamat Hari Ibu


<a href=”“>

Semasa kita masih kanak-kanak :

” Nii apa nii, bilik bersepah-sepah, tak pernah nak kemas dengan elok, dah berapa kali dah mak cakap tak nak ikut langsung, sampah sana sini, berselerak…. yaa Allah… apa nak jadi budak niiih ” itulah ngomelannya

Bila kita dah remaja :

” sekarang dah pukul berapa ni ?… baru balik… meghayap tak tentu hala…. bekawan dengan budak-budak kacang hantu tu… bekumpul kat tepi-tepi jalan… tak tentu hala…. hiiiih… apa nak jadi dengan kau niiiih haaah ” itu lah leterannya.

Bila kita dak belia / dewasa :

” macam mana ni man, anak kau yang dua orang ni puuuuun kau tak boleh nak kontrol… biarkan dia bergaul dengan budak-budak nakal yang tak tentu hala, balik ke… tak balik ke… tak pernah kau nak tanya… apa nak jadi dengan anak kau tuuuu… eeee… tak kuasa aku nak memikirkannya….. ” itu lah keluhnya.

Bila kita dak tua :

” Mak… kenapa mak tak bercakap dah dua tiga hari… mak sakit ke ? kalau mak sakit boleh man hantarkan ke hospital…. atau ada apa-apa yang mak rasa tak kena…. mak cakap lah…. mak cakaplah…maaak cakaplaaaaah……………….. ” itulah rungutan kita bila ibu kita dah tak larat dan dah tak boleh bercakap lagi.

Renungilah bait-bait ungkapan yang diucapkan oleh ibu kita semasa ia masih bersuara. Jika semasa ibu kita menggerakkan mulutnya tanpa mengeluarkan suara lagi, ianya sudah terlambat. Dengarlah nasihat ibu. Nabi berpesan ” Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu”. Seorang sahabat Nabi sangat kuat ibadat dan taat kepada Tuhan. Bila beristeri, ia melebihkan isterinya dari ibunya. Tiba saat hampir menghembuskan nafas terakhir, lidahnya kelu untuk mengucap dua kalimah syahadah. Ibunya kecil hati atas perbuatannya. Setelah ibunya memaafkannya, beliau dapat mengucap 2 kalimah syahadah dan menghembuskan nafas terakhirnya.

Orang Kaya Tanggang yang berkahwin dengan anak raja, malu untuk mengaku ibunya yang miskin dan tua. Dia menolak ibunya hingga jatuh ke laut. Ibunya berdoa. Tuhan membalasnya dengan menjadikannya batu bersama dengan isterinya yang cantik dan kapalnya yang besar.

Itulah sedikit nukilan rasa sempena HARI IBU. Luangkanlah masa kita, walau sedikit untuk menghargai dan mengenang jasa-jasa yang telah diberikan oleh setiap ibu kita. Anda Adalah amat bertuah kerana diberikan peluang oleh Allah untuk menjadi ibu. Satu peluang yang sangat sukar untuk dipohon.

” SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU ”
(khasbuatibukuharidzahbintiismail)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: