Mesyuarat Guru Edisi 3/2008


17 April 2008 :

Mesyuarat Guru Edisi ke 3 2008 telah diadakan bersama dengan Tn Hj. Abd Hamid Abd halim Hasni sebagai Guru Besar yang baru di sekolah ini pada hari Khamis 17 April di Bilik Mesyuarat sekolah dari jam 1.20 dan tamat jam 3.00 ptg.

Isu-isu yang telah disentuh oleh beliau adalah :

1] Mengharapkan kerjasama dari semua guru utk melaksanakan agenda yang telah dirancang demi kecemerlangan sekolah.
2] Mesyuarat yang diadakan di sekolah wajib dihadiri oleh semua guru / berkaitan. Dijalankan pada masa yang sesuai dan tidak menjejaskan proses P&P.
3] Menerangkan sejarah perkhidmatan beliau ( rujuk topik ” Selamat Datang Hj. Abd Hamid ” )
4] Dasar pentadbiran yang akan dilaksanakan oleh beliau adalah kesinambungan apa yang telah dipraktikkan oleh kepimpinan terdahulu. Pendekatan dan gaya pengurusan adalah berbeza.
5] Pemantauan rawak yang dibuat beliau mendapati beberapa perkara perlu diberikan perhatian dan pembaikan. Antaranya :

a) Keceriaan kelas yang kurang memuaskan.
b) Ketepatan masa tidak dititikberatkan ( kehadiran dan masuk kelas ).
c) Buku rekod mengajar yang tidak kemaskini.
d) Pengambilan cuti rehat dan cuti sakit.
e) Keluar waktu mengajar atas urusan peribadi.

6] Pemakaian batik pada setiap khamis adalah wajib.
7] Dalam Perhimpunan Mingguan pemakaian tie ( lelaki ) adalah diwajibkan manakala pada hari lain digalakkan.
8] Sasaran UPSR Tahun 2008 ditambah 3% dari tahun sebelumnya selaras dengan saranan Jabatan Pelajaran Terengganu.

Penolong Kanan HEM telah menyebut beberapa perkara. Terima kasih kpd semua guru yang telah memberikan kerjasama kpd beliau menjalankan tugasan PK 1 yang telah bertukar. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah mengendalikan Tilawah ZKB dengan jayanya.

PK KO pula telah menekankan ttg pemakaian uniform unit pada hari selasa setiap minggu unit uniform. Kepada murid miskin bantuan untuk membeli uniform unit akan disalurkan oleh jabatan dalam waktu terdekat dengan nilai RM100 .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: