Selamat Datang Tn Hj Abd Hamid


Kami warga SK Kg Baharu mengucapkan Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bika Tn Hj Abd Hamid bin Abd Halim Hasni – Guru Besar sekolah ini mulai 01 April 2008.

Biodata :

Nama : Hj Abd Hamid bin Abd Halim Hasni
Tarikh Lahir : 29 Januari 1954
Asal : Pasir Puteh, Kelantan.
Alamat : Lot No 3182, Kampung Padang Landak, 22000 Jerteh.
Status : Kahwin ( 8 orang anak )
Isteri : Hjh Hasnah bt Yazid – PK Ko SK Tok Raja.

Pendidikan Awal :

1. SK Lelaki Pasir Puteh.
2. SM Tok Janggut, Pasir Puteh.
3. SM Kamil, Pasir Puteh.
4. MPB Lembah Pantai, KL.

Pengalaman Kerja :

Berasal dari Pasir Puteh Kelantan. Memulakan perkhidmatan pendidikan di SMJK Krian Parit Buntar Perak pada tahun 1978-1983. Setelah 6 tahun di Perak, ditukarkan ke SMK Tengku Ibrahim Setiu pada 1984. Kemudian ke SMK Seri Payong Besut (84-85), SMK Renek ( 1986-1988) dan SMK Kuala Besut ( 1989 – 1994).

Pada 1995 beliau di tugaskan ke SK Alor Keladi sebagai Penolong Kanan hingga 1998. Setelah 4 tahun di sana beliau diarahkan bertukar ke SK Bukit Jerok Besut ( 1999 -2002) sebagai Guru Besar. Empat tahun di sekolah tersebut beliau sekali lagi di arahkan ke Sekolah Kebangsaan Alor Keladi pada 2003. Beliau di sekolah ini hinggalah 31 Mac 2008. Dan bermula 1 April tahun ini beliau menyambung khidmatnya di sekolah ini.

Usia perkhidmatan beliau tinggal lagi 1 tahun 9 bulan dimana dijangka pada 29 Januari 2010 beliau akan mulai bersara wajib.

Pengendali Laman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: