Selamat Tinggal 2007 Selamat Datang 2008


Salam Sejahtera.

2007 baru sahaja meninggalkan kita. Ianya membawa seribu satu kenangan terhadap semua orang. Ada yang menceriakan, memdukacitakan, melucukan dan bermacam lagi. Yang pasti ianya juga tidak akan kembali lagi dan tidak boleh diulang semula. Ia juga tidak pernah sesekali menunggu kita.

Pepatah Arab ada mengatakan ” Masa ibarat pedang, jika anda tidak memotongnya maka anda akan dipotong”. Itulah kelebihan makhluk Allah yang dinamakan masa.

Murid sekolah yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR yang diumumkan dalam bulan November dan disember lalu pasti akan mengerti kepentingan masa yang dimaksudkan. Kecemerlangan yang dikecapi ada hubungkaitnya dengan pengurusan masa yang mereka telah lakukan. Murid yang belum lagi menghadapi apa-apa ujian dan peperiksaan barangkali tidak berapa menghargainya. Para guru dan pendidik juga sangat maklum akan situasi ini.

Hari ini adalah hari kedua penggal persekolahan 2008. Para guru telah nampak sedang rancak menguruskan hal murid masing-masing. Tahun ini tentunya akan lebih mencabar dari 2007. Mengekalkan kecemerlangan adalah lebih sukar dari mencapai kecemerlangan. Mereka faham tentang itu.

Harapan ibubapa juga nampaknya sangat tinggi terhadap sekolah ini. Mereka sangat “respek” terhadap usaha yang telah dilakukan oleh semua warga SKKgB.

” Bila saya tanya mereka ( ibubapa dari kalangan anggota tentera ) yang datang mendaftar anak ke sekolah ini, mengapa mereka memilih sekolah ini sebagai tempat belajar anak mereka, tidak sekolah-sekolah lain di sekitar sini, jawapan yang diberikan ialah sekolah ini sekolah yang bagus dan guru di sini sangat dedikasi dalam memberikan pengajaran kepada murid-murid” demikian terang Hj Ramli dalam mesyuarat pengurusan sekolah pada 27 Disember lepas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: