Salam Tengkujuh


Salam Sejahtera.

Musim tengkujuh atau lebih dikenali dengan panggilan “musim bah’ dah mula menjenguh negeri kita serta umumnya pantai timur Semenanjung Malaysia.

Kerajaan telah mengingati penduduk di kawasan-kawasan yang sering menjadi lokasi banjir agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Namun seharusnya semua orang sentiasa berwaspada kerana banjir boleh berlaku di mana sahaja tanpa diduga dan di luar jangkauan kita. Andaikata kita selalu berwaspada maka kemungkinan kesan darinya dapat kita kurangi semaksima mungkin.

Jika anda sebagai ibubapa maka perkara nombor satu yang harus di utamakan adalah keselamatan anak-anak. Kanak-kanak memang suka dengan air. Maka di musim ini anda sepatutnya peka terhadap aktiviti mereka supaya tidak nanti berlaku perkara yang tidak diingini.

Sebagai murid sekolah, terutamanya pada musim cuti sekolah sebegini, murid-murid seharusnya lebih mengutamakan keselamatan diri dari mengutamakan kehendak hati yang nantinya akan membawa akibat buruk kepada anda dan keluarga anda. Berhati-hatilah dengan sebarang aktiviti yang anda lakukan. Penuhi masa cuti ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat terutamanya kepada pendidikan anda sendiri.

Akhir sekali Selamat Bercuti dan ingatlah orang yang tersayang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: