38 Dapat 5A


Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam menyaksikan sekolah ini mencatatkan peningkatan dalam jumlah murid yang memperolehi 5A iaitu seramai 38 orang berbanding dengan 33 orang tahun sebelumnya.

Pencapaian mata pelajaran pada keseluruhannya juga adalah turut meningkat. Peningkatan ini juga sedikit sebanyak memberikan sumbangan kepada pencapaian peringkat Negeri Terengganu yang menjadi negeri terbaik keseluruhan.

Dari jumlah 24,127 calon yang menduduki UPSR 2007 di Terengganu seramai 4000 darinya memperolehi 5A ( sumber : BH 16 Nov.)

Slip keputusan telah diserahkan kepada setiap calon oleh Hj Ramli Yaacob ( GB ) di Dewan Ilmu jam 10.45 pagi semalam. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dengan cemerlang dan kepada yang kurang cemerlang peluang mereka masih terbuka luas untuk melipatgandakan usaha pada masa akan datang.

Perincian Analisa pencapaian murid sekolah ini akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat.

8 Responses to “38 Dapat 5A”

  1. Bekas Guru Praktikum IPSM Says:

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yg berjaya mendpt keputusan 5A dan guru2 serta warga SKkgB yg lain telah bertungkus lumus dalam mendidik anak bangsa..TAHNIAH SEMUA!!

  2. Pelajar 5A UPSR 2007 Says:

    Tahniah Kepada Semua Murid Yang Mendapat 5A Dalam Peperiksaan UPSR.Kepada Yang Tidak Berjaya,Cuba Lagi.Gagal Sekali Tidak Bererti Gagal Untuk Selama-Lamanya.Saya Berharap Agar Bilangan Murid Yang Mendapat 5A Akan Terus Meningkat Dari Semasa Ke Semasa Dan Menjadi Sekolah Terbaik Besut.Insya-Allah.
    Saya Juga Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada Guru-Guru Yang Sanggup Berkorban Apa Sahaja Demi Kejayaan Kami.Semoga Guru-Guru Panjang Umur Dan Murah Rezeki.
    SKKGB BOLEH…………………………….

  3. Meor Radzuan Says:

    Syukur kepada Allah SWT. Tahniah kerana dapat mendidik anak-anak ini menempa kejayaan rata-ratanya anak-anak orang Melayu. Tetapi yang sedihnya anak-anak Melayu yang sebaya di bandar seperti Kuala Lumpur, rata-rata sekolah di tengah bandaraya Kuala Lumpur : 8 org dapat 5A di SK Kiaramas, Persiaran Dutamas, SK Raja Muda Ab Aziz, Kg Baru, KL percaya tak – tak sampai 10 org dapat 5A. Apa sebab ?

    Pencapaian 5A di Terengganu sungguh menakjubkan. Kita perlu tahu apa kah formula kejayaan anak-anak didikan di Terengganu berbanding dgn kelompok kecil di bandaraya Kuala Lumpur. Formula yang sama patut digunakan demi kejayaan anak-anak Melayu di seluruh Malaysia.

    Analisa keputusan menilai prestasi sesebuah sekolah tersebut. Tetapi formula kejayaan pendidikan yang bagaimana boleh menyebabkan sekolah-sekolah di Terengganu mencapai keputusan cemerlang seperti di SK Seri Nilam, Chabang Tiga, Kuala Terengganu sehingga 39 orang dapat 5A.

    Pendidik2 di seluruh negara sepatutnya berkumpul membincangkan formula kejayaan digunapakai di Terengganu utk diaplikasikan ke sekolah masing-masing samada di Kuala Lumpur atau di mana-mana saja.

    Demi Bangsa Melayu khususnya.

  4. SKKgB so cool and their pupil are very good

  5. all the best student.

  6. 6 cerdas all the best

  7. d-win semat in the world .azra

  8. Azra 6 Cerdas Hensem …..hahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: