Pewaris Ulul Albab


Majlis Khatam al-quran yang diadakan hari ini di SK Kg Baharu merupakan persediaan modal insan yang amat baik untuk generasi akan datang. Ini ditegaskan oleh Hj Ramli Yaacob dalam ucapan aluannya pada majlis tersebut.

Beliau seterusnya meminta kerjasama semua terutama ibubapa agar dapat memberikan komitmen jitu dalam urusan pembelajaran anak-anak. Sementara itu wakil PPD Besut Tn Hj Mohd Noor Salleh dalam ucapan perasmian penutupnya menegaskan acara yang diadakan hari akan menjadi tiada erti sekiranya semua pihak tidak meneruskan kesinambungan pelajaran yang ada kaitannya dengan al-quran.

Ingatan juga diberikan beliau tentang pentingkan pemurnian akhlak dalam kehidupan harian agar ianya dapat memantapkan lagi kesejahteraan ummah.

pict0398.jpgpict0385.jpgpict0403.jpgpict0390.jpgpict0391.jpgpict0401.jpg

Dalam majlis ini juga semua perserta Khatam Al-Quran telah diberi cenderahati sumbangan YB Hj Abdullah Che Muda berupa sehelai sajadah dan makan tengahari. Ibubapa peserta pula telah bermurahati membawa sebekas pulut semangat sebagai lambang kegigihan anak mereka dalam menghabiskan bacaan Al-Quran

pict0392.jpgpict0399.jpgpict0397.jpgpict0402.jpgpict0389.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: