Merdeka


Sudah hampir sebulan blog ini tidak dikemaskini. Bukan tiada berita yang berlaku di sekolah. Namun beberapa kekangan terjadi menyebabkan tiada ruang yang boleh digunakan untuknya di ” Update”.

“Merdeka”. Itulah kalimah yang paling sesuai digunakan untuk menceritakan perihal murid Tahun 6 setelah mereka selesai UPSR hampir sebulan lalu. Pada awalnya gawat juga dengan khabar angin UPSR akan ” periksa semula” akibat soalan bocor. Namun setelah Menteri Pelajaran mengesahkan tidak berlaku kebocoran sebagaimana yang tersebar, maka mereka kembali merdeka.

Barangkali suasana ini berlaku di semua sekolah. Yang pandai menggunakan peluang mereka mengambilnya dengan baik. Makmal Komputer dan Pusat Akses merupakan lokasi popular. Paling tidak mereka boleh main ” game”. Yang lebih pintar, bahan pembelajaran dicari. Ada juga yang ikut-ikut tengok sahaja. Tapi yang tak sepatutnya berlaku ialah perbuatan ” vandalisme” terhadap peralatan dan aksesori komputer. Ini dilakukan oleh segelintir sahaja dari mereka. Namun sesuatu yang perlu dipandang serius.

Dalam semangat Kemerdekaan ke 50 ini sepatutnya sudah tiada lagi tabiat begitu. Perdana Menteri pernah kata, kemudahan dinegara kita adalah kelas pertama, maka pemikiran kita juga perlu kelas pertama.

Sama-sama kita menghayatinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: