Menanti Hari Esok


Tidak sampai 16 jam lagi dari sekarang [ masa berita ini ditulis ] murid Tahun 6 di seluruh Malaysia akan menduduki Peperiksaan UPSR 2007. Didoakan agar semuanya menggapai keputusan yang gemilang.

c0129.jpg

Majlis Izin Ilmu telah diadakan di sekolah ini pada jam 12.00 tengahari dan berakhir hampir jam 2.00 petang dengan kehadiran semua guru dan murid tahun 6.

Majlis dimulai dengan ucapan Guru Besar. Dalam ucapan beliau telah menyatakan kepada murid betapa pentingnya keizinan dan keredhaan guru terhadap seseorang murid dalam menjamin kecemerlangan dalam pelajaran dan kehidupan. Keberkatan yang diperolehi akan menjadikan hidup seseorang murid lebih bermakna.

Beliau seterusnya membacakan perutusan Pengarah Pelajaran Terengganu. Antara lain dalam perutusan tersebut menyatakan bahawa murid harus mengekalkan Terengganu sebagai pendahulu dalam keputusan UPSR untuk tahun ke 7 pada tahun ini. Calon UPSR 2007 juga merupakan kelompok terakhir yang akan menghadapi soalan peperiksaan dalam dwi-bahasa.

Penolong Kanan Kurikulum seterusnya membacakan Perutusan YAB Menteri Besar Terengganu. Majlis diteruskan dengan acara bersalaman antara murid dan guru dan selepas itu jamuan ringan diadakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: