Akhir Sebuah Impian


Hari ini Ahad 26 Ogos 2007. Dari sudut patriotisma, kita akan menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 50 hanya lima hari lagi. Kepada semua warga Malaysia diucapkan Selamat Merayakan Ulang Tahun Kemerdekaan ke 50 semoga negara kita yang tercinta ini akan lebih makmur, aman dan maju.

Dari sudut akademiknya, minggu ini adalah minggu paling penting dan genting. Minggu ini sahaja lagi yang tinggal sebelum murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR pada 3,4 dan 5 September depan. Minggu ini juga banyak aktiviti telah dirancang dengan rapi dan teliti. Walaupun padat namun saya percaya ianya akan dilalui dengan tenang oleh semua sekolah yang terlibat.

Acara sambutan sempena kemerdekaan juga khabarnya diadakan pada minggu ini. Macam-macam program sekolah akan adakan. Ada basikalton, Larian Merdeka, Kuiz, pertandingan dan seumpamanya. Program ” Release Tension ” untuk murid tahun enam juga akan berlangsung. Tempat-tempat rekreasi tentunya jadi pilihan. Satu perkara yang saya nak pesan, dalam masa nak melepaskan atau mengurangkan tekanan tu janganlah pulak sampai terjadi insiden-insiden yang tak sanggup kita lihat dan dengar.

Yang penting dan perlu sekali kita ingat ialah ” lakukan sesuatu perkara dengan sederhana”. Ini pesanan Nabi SAW. Kita bersukaria secara sederhana, makan sederhana, main sederhana dan semuanya sederhana. Maksud sederhana di sini ialah bukan kita lakukan dengan sambil lewa. Tapi kita melakukannya dengan cara tidak lupa diri, ingat tujuan asal kita dan mengapa kita lakukannya. Ini perlu dalam semua hal.

Aktiviti terakhir dalam minggu ini adalah Solat Hajat. Setelah segala usaha, keringat, strategi, teknik, taktik dan formula dipelajari dan diajari oleh murid dan guru, maka sempena bulan Sya’aban yang barakah ini marilah kita sama-sama memohon restu Ilahi semoga semua anak didik kita akan memperolehi dan menggapai impian mereka. Dan sebaiknya Splat Hajat kita ini mudah-mudahan bukanlah yang pertama dan terakhir. Ibubapa khususnya, jadikanlah solat hajat pada setiap malam sebagai amalan. Atau kalaupun kita tidak berkemampuan untuk melaksanakan solat hajat setiap malam, lakukanlah setiap minggu. Itu pun kira ok. Dan yang tiada kompromi ialah doakanlah anak tuan puan setiap kali selepas solat. Insya Allah akan dimakbulkan permintaan tuan puan.

Bagi murid pulak, janganlah mengharapkan orang lain sahaja yang mendoakan kita. Kita, andalah sendiri yang patut dan semestinya lakukan sendiri. Saya sering dengar murid kata, “saya tak pandai nak berdoa”. Ini adalah salah sama sekali. Doa adalah kata-kata kita yang kita tujukan kepada Allah untuk memohon sesuatu. Oleh itu gunakanlah bahasa apa sekalipun Allah akan tahu dan faham. Doa adalah sangat mudah. Pinta dari Allah, nescaya Allah akan makbulkan.

Sekian, selamat menduduki UPSR kepada semua Murid Tahun 6 di seluruh Malaysia, semoga nama anda akan tersenarai dalam bilangan murid yang mencapai keputusan yang cemerlang UPSR 2007 nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: