Jangan Pandang Belakang


Percubaan UPSR dah berlalu. Keputusan telah diperolehi. Tahniah kepada murid yang menepati target yang disasarkan. Yang tak berapa tepat, bukanlah kecundang. Masih ada peluang dan ruang memperbaiki. Yang penting terus memandang kedepan. Jangan Pandang Belakang.

Memandang kebelakang adakalanya perlu. Tetapi sekali-sekala sahaja. Tak boleh selalu pandang kebelakang. Kadang-kadang menjadikan kita takut. Takut kepada sejarah silam. Terus memandang kehadapan. Dalam ertikata lain anda perlu terus berusaha dan usaha lagi.

Ada lagi 20 hari untuk persediaan. Inilah masanya anda perlu korbankan apa-apa yang anda sayangi selama ini. Masa bermain, masa bergurau, masa berjalan-jalan, lepak-lepak dan 101 macam lagi masa yang anda suka dan selalu buat sebelum ini perlu dikorbankan. Korbankan demi masa depan.

Sekolah dan guru-guru anda telah melakukan segalanya demi untuk memastikan pencapaian anda cemerlang. Minggu ini, Ujian Tambah Nilai diadakan. Percubaan baru sahaja berlalu minggu lepas. Ini adalah antara usaha-usaha sekolah dan guru untuk membantu anda. Namun apa pun yang dilakukan oleh orang lain, tidak akan sama hasilnya jika sekiranya anda sendiri tidak melakukan apa-apa untuk diri anda sendiri.

Jangan Pandang Belakang. Ini bukanlah nama sebuah filem seram Malaysia. Tapi kata-kata hikmat yang perlu anda kotakan demi masa depan anda sendiri. Percayalah cikgu-cikgu, sekolah dan semua orang tidak akan rugi apa-apa sekiranya anda tidak berusaha untuk mencemerlangkan diri anda. Yang akan mengalami kerugian sejati adalah diri anda sendiri.

Ya, yang rugi adalah anda sendiri. Ingat, UPSR adalah peperiksaan yang boleh diambil sekali sahaja dalam seumur hidup. Oleh itu cubalah, berkorbanlah, dan yang penting Jangan Pandang Belakang lagi…….

Sempena 50 tahun kemerdekaan negara kita, bebaskanlah diri anda dari perkara karut marut dan tiada kaitan dengan pelajaran langsung. Apa kata kalau tahun 2007 ini anda cukupkan jumlah yang mendapat 5A kepada 50 orang. Sebagai hadiah kemerdekaan kepada semua guru dan sekolah anda….

Malaysiaku Gemilang, SK Kg Bahru Terbilang………

sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: