Percubaan UPSR 2007


Peperiksaan Percubaan UPSR 2007 telah pun selesai dijalankan pada minggu lepas mulai 31 Julai hingga 02 Ogos. Kertas peperiksaan tersebut juga telah selesai diperiksa oleh guru-guru yang terpilih. Pemeriksaan kertas ini telah dijalankan secara kelompok dan dikendalikan PPD.

Hasilnya juga diberitakan oleh sumber yang boleh di percayai amat memberangsangkan. Jika benar demikian maka kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid yang cemerlang. Sekolah juga boleh mencongak-congak pencapaian sebenar pelajar mereka dalam peperiksaan sebenar nanti.

Yang pasti dan perlu dilakukan pelajar, hasil dari peperiksaan ini adalah melipatgandakan usaha dalam matapelajaran yang dikenalpasti mempunyai kekurangan dan kelemahan. Kadar penggunaan masa secara yang tepat dan berkualiti juga perlu diambilkira. Pelajar-pelajar tentu telah dimaklumkan oleh guru masing-masing tentang hal ini. Telah banyak slot-slot kemahiran belajar dilaksanakan di sekolah. Inilah masa untuk mempraktikkan. Semoga anda semua akan tersenarai sebagai sebahagian dari Wajah Wajah Cemerlang yang akan menghiasi laman-laman akhbar dan media lain.

Selamat Berjuang Putera Puteriku.

2 Responses to “Percubaan UPSR 2007”

  1. i need some practical questions

  2. apalah org nak soalan bocor bukan nama sekolah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: