Disita 2 Minggu


Operasi harian Kantin Sekolah ini telah diarahkan tutup selama 2 minggu mulai hari ini hingga 12 Ogos depan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Besut ekoran pemeriksaan berkala yang dilakukan mendapati ianya tidak memenuhi piawai kebersihan yang telah ditetapkan.

pict2177.jpg

Dalam tempoh tersebut penyediaan Rancangan Makanan Tambahan [ RMT ] bagi lebih 300 pelajar sekolah ini telah diserahkan kepada pengendali makanan sementara yang dilantik oleh pihak pengurusan sekolah.

pict2180.jpg

Dalam taklimat kepada semua guru tengahari tadi Tn Hj Ramli Yaacob menerangkan sekolah terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa kesihatan berkenaan. Guru-guru diminta menyediakan / membawa sendiri makanan untuk sarapan mereka semasa waktu bekerja di sekolah.

Sementara itu dalam tempoh penyitaan ini Pejabat Kesihatan Daerah Besut akan datang memantau tahap kebersihan kantin dan jika didapati ianya telah memenuhi ciri-ciri sebagaimana yang dikehendaki, operasi kantin kepada murid dan guru akan dibenarkan semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: