Sayangi Diri


Salah satu sifat yang perlu ada dalam diri seorang murid, pelajar atau remaja ialah menyayangi diri sendiri. Sifat ini boleh menghasilkan sahsiah diri yang kuat. Antara ciri seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang kuat antaranya:

1. BERTANGGUNGJAWAB – sama ada kepada diri sendiri, Tuhan, ibubapa, guru, rakan, masyarakat dan negara.
2. TIDAK MUDAH TERPENGARUH – terutamanya terhadap perkara yang negatif. Selalu memikirkan apakah kesannya sebelum melakukan sesuatu perkara.
3. YAKIN KEPADA DIRI – meletakkan suatu tahap keyakinan kepada diri sendiri. Semangat ” Aku Boleh ” sentiasa tertanam dalam sanubari.
4. TIDAK MUDAH KECEWA – semangat juang dan bangkit dari kegagalan adalah tinggi. Kegagalan adalah permulaan kepada sebuah kejayaan.
5. RAJIN BERUSAHA – sentiasa mencari jalan untuk mengatasi segala persoalan yang dihadapi.

Jika anda mempunyai ciri-ciri diatas sesungguhnya anda telah mempunyai HARGA KENDIRI YANG KUAT. apakah dia harga kendiri itu ?. Harga Kendiri ialah bagaimana seseorang itu meletakkan nilai pada dirinya sendiri. Ianya berpunca daripada segala yang difikirkan, dirasai dan dialami oleh diri seseorang itu.

928901_20070205_screen004.jpg

Ada dua jenis Harga Kendiri. Iaitu Harga Kendiri yang Rendah dan Harga Kendiri yang tinggi.

Ciri Harga kendiri yang rendah adalah seperti tidak bersemangat, tidak yakin diri, merendahkan kebolehan diri, tidak boleh menerima kegagalan dan mudah terpengaruh.

Harga kendiri yang tinggi pula bersemangat, yakin diri, berdikari, sanggup menghadapi kegagalan dan tidak mudah terpengaruh.

Harga Kendiri yang tinggi boleh dibina dan ditingkatkan. Caranya mudah sahaja. Antaranya :

1. Anda perlu yakin kepada kebolehan diri.
2. Dapatkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan.
3. Ucapkan kata-kata dorongan dan semangat kepada diri sendiri.
4. Libatkan diri dengan rakan-rakan yang berjaya.
5. Sentiasa berusaha dan berdoa.

Semoga anda memperoleh sesuatu dari apa yang saya kongsikan di atas. Sekian.

One Response to “Sayangi Diri”

  1. aik kenapa gambar warcraft?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: