Debaran Semakin Kencang


Hari ini tinggal lagi 62 hari UPSR akan berkunjung ke anjung tahun 6. Guru-guru yg mengajar kelas peperiksaan ni, debarannya semakin kuat. Maklum sajalah, usaha yang telah mereka buat dah berbagai-bagai.

Ada TOV, OTI, Gempur, Kem Motivasi, Tazkirah Pagi, Solat Hajat, Baca Yasin, Temu Murni, Cakna Cemerlang dan berbagai nama lagi. Semuanya menjurus ke arah keputusan yang cemerlang.

Tapi nampaknya bagi murid, macam tak ada apa-apa yang akan berlaku. Mereka asyik bermain-main, berlari-lari dan masih seronok bergurau senda. Masa rehat dan masa senggang tidak digunakan dengan sebaiknya. Peringatan demi peringatan guru telah berikan, namun tak banyak yang berubah.

Fenomena ini mungkin berlaku di semua sekolah. Tapi yang baiknya adalah bukan semua murid begitu. Ramai yang dah berubah. Ada perkembangan positif dalam pelajaran mereka. Yang dikhuatiri dan dirisaukan ialah golongan pertama tadi mampu mempengaruhi kumpulan kedua. Mudah-mudahan tak akan berlaku. Yang diingini ialah kumpulan kedua ini menjadi pendorong kepada kumpulan pertama.

Minggu ini juga Peperiksaan Pra-percubaan sedang berlangsung mulai 02, 03 dan 04 Julai. Hasilnya nanti barangkali boleh dijadikan kayu ukur tahap kemampuan sebenar murid. Sama-samalah kita tunggu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: