Bantuan Yayasan Terengganu


Sejak 16 Jun lalu pelajar-pelajar lepasan SPM dan diikuti lepasan matrik telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian mereka ke IPTA / IPTS.

Bagi pelajar dari Negeri Terengganu mereka sangat bertuah kerana Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Terengganu telah memberikan bantuan persediaan dalam bentuk kewangan untuk tujuan tersebut. Bagi yg melanjutkan pelajaran peringkat ijazah bantuan yg diberikan sebanyak RM1000 dan diploma RM750.

Bagi pelajar yg mendapat tawaran ke sekolah asrama penuh [ luar Terengganu ] dan matrikulasi juga tidak dilupakan. Bantuan sebanyak RM500 diberikan.

Dengan bantuan persediaan ini dapatlah meringankan bebanan kewangan yg ditanggung ibubapa. Terima kasih kepada Kerajaan dan Yayasan Terengganu.

One Response to “Bantuan Yayasan Terengganu”

  1. MICAH ABD RASHID Says:

    OK LA 2.X BYK BEBAN YANG DITANGGUNG OLEH IBUBAPA…

Leave a reply to MICAH ABD RASHID Cancel reply