Score A Programme


YAB Dato’ Hj Idris Jusoh telah bermurah hati menaja Program Score A untuk sejumlah 38 buah Sekolah Rendah dalam daerah Besut. Program ini adalah produk keluaran Kenshido International Sdn Bhd yang berpejabat di TTDI, Kuala Lumpur.

Satu taklimat kepada Penyelaras Bestari / Guru ICT dan Penyelaras UPSR sekolah berkenaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Tengku Mahmod Besut pada 19 Jun mulai jam 02.30 hingga 04.30 ptg. Pemasangan program ini akan dilakukan oleh wakil syarikat tersebut dalam masa yang terdekat. Setakat hari ini sejumlah 15 buah sekolah telah siap dilakukan.

Ciri-ciri menarik Program ini antara lain :

eNotes – mengandungi nota-nota ringkas mengikut topik pelajaran.
eAssessment – mengandungi koleksi soalan latih tubi.
eTopik – mengandungi latihan mengikut topik.
ePast Yr Exam – mengandungi koleksi soalan peperiksaan 15 tahun yg lepas
eProgress – mengandungi carta perantauan untuk ibubapa memantau akt pembelajaran anak2.
eReport Card – merekod sebanyak 10 latihan terakhir dari eAssessment dan eTrial Exam.

Banyak lagi ciri yang menarik yg terdapat pada program ini. Tempoh penggunaan utk sekolah daerah Besut adalah selama 3 bulan sahaja iaitu sehingga selepas peperiksaan UPSR nanti.

Sementara itu dalam taklimat tersebut Tn Hj Abd Rahman Sardar [ Penyelia Kanan Sekolah Rendah PPD Besut ] memaklumkan pihaknya akan memantau pelaksanaan dan penggunaan Program ini dengan teliti agar ianya menberikan kesan optima terhadap pencapaian UPSR nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: