Perubahan oh perubahan


Kita selalu dengar dan baca perkataan perubahan. Berasal dari ” ubah ” ditambah dengan penambahan pe…..an. Membawa maksud “perihal berubah, peralihan, pertukaran” [ rujuk kamus dewan edisi ke 3 m/surat1505 ]. Perkataan asalnya bermaksud ” kelainan, beza, lain “.

Saya nak kongsikan dengan pemantau blog ini tentang perubahan. Dari pemerhatian yg dibuat secara rawak, kita sebenarnya tak banyak melakukan perubahan. Maksud saya kearah kebaikan. Di sekolah, sama ada murid atau guru tak banyak melakukan ini. Murid yang kita kata tak pandai @ tercorot tak membuat perubahan. Mereka tahu markah yang diperolehi tak tinggi / baik, tapi masih selesa dgn keadaan lama. Mereka sebenarnya bukan dilahirkan untuk tercorot. Tetapi dek banyak perkara yg dilakukan semasa belajar yg menyebabkan terjadi demikian [ mungkin boleh dibincangkan lain kali].

Dalam kalangan guru [ bukan semua ] juga didapati ada yang tak mahu buat perubahan. Kalau buat pun mungkin kerana terpaksa atau dipaksa. Banyaklah benda / perkara yang perlu dibuat perubahan. Rasanya tak perlu saya sebut satu persatu. Sekadar contoh seperti kaedah / cara mengajar, komunikasi dengan murid atau penggunaan alatan ICT. Mahu tak mahu masa tetap berubah walau kita tak berubah.

Mungkin saudara/saudari para pembaca akan kata ” saya yang buat tulisan ni pun sama juga, tak buat perubahan pun”. Terpulanglah kepada anda sendiri untuk menilai diri sendiri dan orang lain. Yang terpenting ialah kita mesti berubah dan perubahan mesti dibuat sama ada secara evolusi atau revolusi [ drastik/ cepat ].

Dalam keluarga juga mesti dilakukan perubahan. Dengan anak misalnya. Masa anak kita masih kecil, cara kita bercakap lain, bila mereka dah besar, lain caranya. Dengan suami, isteri juga lain. Ada berlaku perubahan. Bukan sahaja fizikal kita berubah, kaedah dan cara juga perlu berubah. Dan perlu dipastikan bahawa perubahan yang kita buat itu mestilah akan membawa kepada lebih baik. Jangan sekali-kali kita buat perubahan tapi, situasi dan iklim yang kita alami semakin teruk dan punah. Jika ini berlaku maka tidak ada erti sama sekali perubahan yang kita buat itu.

Saya harap pembaca blog ini faham dengan maksud saya ini. Jangan disalahtafsirkan. Akhir kalam, Selamat Hari Bapa diucapkan kepada kaum bapa yang spesisnya sama dengan saya. Semoga anda semua menjadi bapa idola kepada anak-anak anda. Terima kasih, jumpa lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: