Kuasa Iman


Ahad 20 Mei 2007:

Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR telah menganjurkan suatu ceramah motivasi kepada murid Tahun 6 bertempat di Dewan Ilmu jam 08.00 hingga 10.00 malam tadi.

pict1782.jpg

Pengisian telah di sampaikan oleh En Zuraidi Abd Rahman dari SK Renek, Jerteh. Dalam pengisiannya beliau telah menekankan kepada murid tentang pra-syarat untuk menempa kejayaan yang cemerlang dalam apa sahaja bidang yang diceburi khusus peperiksaan.

pict1787.jpg

Pertama: Kuasa Percaya [ Iman ] Kepada Kebolehan Diri. Murid mesti yakin kepada kebolehan diri serta diiringi dengan usaha yang jitu akan menghasilkan kejayaan yang diluar jangkaan.

Kedua : Hormat Kepada Guru. Mesti sentiasa menghormati guru sama ada berkaitan dengan perkara yang disukai atau tidak disukai. Mengiktiraf menaruh sepenuh kepercayaan kepada mereka adalah sangat dituntut.

pict1789.jpg

Ketiga : Mentaati Ibubapa. Murid wajib sentiasa menanam perasaan kasih dan cinta kepada ibubapa. Khidmat kepada mereka sama ada mereka masih ada atau telah tiada adalah suatu tuntutan agama. Penderhakaan kepada kedua mereka akan menyebabkan kehidupan seseorang tidak mendapat keberkatan dan dilaknat oleh Allah swt.

Keempat : Sedar Pengorbanan Ibubapa. Murid wajib menyedari pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibubapa mereka. Pengorbanan tersebut tidak dapat dibalas dengan nilai tunai. Hanya pengabdian dan pengorbanan sepanjang hidup sahaja yang mampu dilakukan oleh kita.

Kelima : Mintalah Keredhaan Ibubapa. Seorang anak wajib melakukan perkara yang boleh mengembirakan hati ibubapa. Sentiasalah berdoa agar ibubapa sentiada dilimpahi rahmat dari Allah swt. Allah akan memberikan balasan yang baik kepada seseorang yang mendapat keredhdaan ibubapa mereka. Balasan Allah tersebut akan terjelma dalam bentuk keberkatan dalam kehidupan.

pict1794.jpg

Majlis turut dihadiri oleh PK HEM, PK KO dan J/Kuasa Kecemerlangan UPSR. Semua murid mengikuti ceramah dengan penuh khusyuk hingga mereka mengalirkan air mata keinsafan tentang pengorbanan ibubapa. Mereka semua telah berjanji akan menghadiahkan kepada ibubapa dengan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2007 nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: