Tirai olahraga dilabuhkan…


Rabu 25 April 2007 :

Pesta Sukan Olahraga & Sukaneka 2007 telah melabuhkan tirainya petang kelmarin. Upacara perasmian penutup telah dilakukan oleh YB Tn Hj Abdullah bin Che Muda ADUN Kuala Besut jam 06.25 petang.

pict1552.jpg pict1587.jpg
pict1585.jpg pict1584.jpg

Tahun ini pasukan rumah Hijau mengungguli secara keseluruhan, diikuti rapat rumah Merah, rumah Biru dan rumah Kuning.

pict1499.jpg

Dalam kategori Rumah Tercantik dan Perbarisan Terbaik, Rumah Biru mendahului rumah-rumah lain.

pict1601.jpg

Ibubapa telah mengambil bahagian dalam kesemua acara yang dikhaskan untuk mereka. Kerjasama ini amat disanjungi oleh warga sekolah ini. Secara tidak langsung juga memberikan suntikan semangat kepada anak-anak mereka yang menyaksikan ibubapa bertanding.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Tn Hj Abdulah Che Muda, Tn Hj Mohamad Abdullah, Pegawai Memerintah TUDM Gong Kedak, Guru Besar serta P. Kanan sekolah.

Yang paling menarik ialah acara Lambungan Kasih yang dijuarai oleh Pengerusi PIBG sendiri. Sebanyak 30 hamper cabutan bertuah telah disediakan oleh penganjur .

Wargakerja sekolah ini juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penderma, penyumbang hamper dan semua yang terlibat menjayakan Sukan Olahraga & Sukaneka 2007 samada secara langsung atau tidak langsung.

Semoga jumpa lagi pada temasya yang akan datang.

Salam sukan untuk semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: