Insan Cemerlang Ummah Terbilang


Sambutan Mulidur Rasul peringkat SK Kg Baharu telah diadakan pada hari Khamis 17 Rabiul Awal 1428 Hijrah bersamaan 5 April 2007. Acara sambutan diadakan secara sederhana tetapi dalam suasana yang meriah.

Majlis dimulai dengan salawat beramai-ramai didataran perhimpunan kemudian diikuti perarakan melalui beberapa buah kampung di kejiranan Kg Baharu.

Beberapa acara telah dipertandingkan dalam kalangan rumah sukan. Antara acara pertandingan ialah perarakan, poster dan azan.

Johan perarakan tahun ini digondol oleh Rumah Biru, manakala johan azan dimenangi oleh adik Mohd Hamizan Yusof dari Tahun 6 Pintar.

Selepas rehat satu ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mustafa bin Chik dari SM Imtiaz Besut. Beliau telah menekankan kepentingan solat dan ketaatan kepada ibubapa dalam ceramahnya dan semua pendengar amat tertarik dengan cerita teladan yang disampaikan.

Gambar-gambar sekitar sambutan maulidur rasul.

pict1117.jpg pict1111.jpg pict1109.jpg pict1138.jpg pict1161.jpg pict1171.jpg pict1184.jpg pict1206.jpg pict1220.jpg pict1129.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: