“Hidup Cemerlang Tanpa Dadah”


pict0837.JPGPerasmian Minggu Kempen Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Sekolah telah disempurnakan oleh Hj Ramli b Yaacob, Guru Besar SKKgB di Dataran Ilmu pada pagi ini.

Kempen ini akan berlangsung dari 25 hingga 29 Mac. Sepanjang minggu ini berbagai acara telah disediakan oleh Jawatankuasa Sambutan Kempen.

Majlis dimulai dengan bacaan perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia oleh En Jasmi Mat Jusoh. Dalam ucapannya Guru Besar telah mengingatkan murid tentang bahaya dadah, punca-punca terlibat dan cara mengatasinya. Beliau menasihatkan semua murid agar mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang disebarkan sempena minggu kempen ini.

Sebelum itu ketika merasmikan majlis beliau telah melepaskan seekor burung merpati sebagai simbol kebebasan dari dadah.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur En Khairul Abidin Ibrahim berkata, sepanjang minggu ini banyak program telah disusun. Antara akitviti yang telah diatur adalah :

Isnin [ 26/03 ]

  • Edaran borang / kertas pertandingan mewarna tahap 1.
  • Edaran borang / tema pertandingan melukis poster tahap 2.
  • Edaran tajuk-tajukpertandingan menulis karangan Bahasa Melayu tahap 2.

    Selasa [ 27/03 ]

  • Pameran Anti Dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan [ AADK ] Besut.
  • Tayangan Video Anti Dadah oleh AADK kepada para dif jemputan dan ibubapa.

    Rabu [ 28/03 ]

  • Pameran Anti Dadah dibuka kepada murid ikut jadual.
  • Tayangan Video Kepada murid di Dewan Ilmu.

    Khamis [ 29/03 ]

  • Perasmian Penutup
  • 2 Responses to ““Hidup Cemerlang Tanpa Dadah””

    1. gud luck buat orang yang buat aktiviti psl dadah klau thn ni dah bgs apalagi thn dpn.

    2. Modern Jubah…

      […]“Hidup Cemerlang Tanpa Dadah” « SK Kampung Baharu, 22300 Kuala Besut, Terengganu[…]…

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: