Perkhidmatan SMS Sekolah


Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Mypressto.com telah melancar satu perkhidmatan baru yg membolehkan ibubapa dan warga sekolah memperolehi maklumat dari pihak sekolah secara langsung melalui teknologi SMS. ibubapa yang ingin memperolehi perkhidmatan ini boleh mendaftar dengan Mypressto.com melalui sekolah tempat anak meeka belajar. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM3.00 sebulan.

Berikut diturunkan beberapa soalan yang lazim dikemukakan oleh ibubapa ynag ingin melanggan perkhidmatan ini :

1. Apa itu SMS Sekolah?

SMS Sekolah merupakan perkhidmatan interaktif terkini yang membolehkan ibu bapa dan pihak sekolah mendapatkan maklumat berkaitan murid dan persekolahan mereka melalui teknologi SMS.

2. Bagaimanakah caranya untuk melanggan perkhidmatan ini?

Anda boleh mendapatkan borang langganan di sekolah-sekolah yang mendaftar dengan perkhidmatan ini.

3. Apakah faedah yang diperolehi dengan melanggan perkhidmatan SMS Sekolah ini?

Banyak, anda memperoleh pelbagai info berkaitan persekolahan seperti kehadiran murid, jadual persekolahan, kesalahan disiplin, jadual peperiksaan, keputusan peperiksaan, aktiviti persekolahan, aktiviti PIBG dan latihan kerja rumah.

4. Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan SMS Sekolah ini?

Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh ibu bapa atau penjaga yang mendaftar, dan menggunakan talian pra-bayar atau pasca-bayar Maxis, Celcom atau Digi.

5. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk melanggan perkhidmatan ini?

Bagi ibu bapa yang melanggan, yuran langganan sebanyak RM3 sebulan.

6. Bagaimana pembayaran langganan dilakukan?

Kadar tambah nilai akan dipotong secara automatik dalam tempoh 7 hari setiap akhir bulan bagi tujuan bayaran langganan untuk bulan berikutnya.

7. Sekiranya saya baru mendaftar, bagaimana saya akan mengetahui langganan saya telah diaktifkan?

Anda akan menerima SMS daripada 32020 untuk memberitahu tentang pengaktifan langganan anda.

8. Saya melanggan SMS Sekolah dan merupakan pengguna pra-bayar. Jika pada akhir bulan tersebut saya tidak berhasrat untuk menambah nilai, adakah saya masih mendapat SMS lagi pada bulan berikutnya?

Kadar tambah nilai akan dipotong dalam tempoh 7 hari setiap akhir bulan bagi pembayaran bulan seterusnya. Jika sekiranya kami gagal untuk mencaj anda dalam tempoh tersebut, anda tidak akan menerima sebarang SMS pada bulan berikutnya. Akan tetapi, anda boleh membuat permintaan dengan menaip : SEK NO. MYKAD ANAK dan hantar ke 32020 dan menerima arahan berikutnya.

9. Saya tidak melanggan perkhidmatan SMS Sekolah. Apa yang perlu saya lakukan jika saya berhasrat untuk mengetahui maklumat persekolahan anak saya?

Bagi yang tidak melanggan, anda perlu menaip : SEK NO MYKAD ANAK dan hantar ke 32020 dan menerima arahan yang berikutnya. Caj sebanyak RM0.30 dikenakan untuk setiap SMS.

10. Berapa kekerapan ibu bapa menerima SMS dari pihak sekolah dalam masa sebulan?

Selagi ada maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak sekolah, selagi itulah anda akan menerimanya.

11. Andaikata ibu bapa yang melanggan ingin menukar nombor telefon bimbit mereka. Bagaimana caranya?

Hubungi pihak sekolah untuk membuat sebarang penukaran maklumat.

12. Bolehkah portal SMS Sekolah diakses oleh pihak ketiga selain pihak sekolah atau pentadbir?

Tidak. Portal SMS Sekolah hanya dapat diakses oleh guru-guru atau pentadbir yang dilantik sahaja.

13. Bagaimana jika ibu bapa ingin membalas SMS yang diterima atau menghantar SMS kepada pihak sekolah?

Anda perlu taip ADU KOD SEKOLAH MESEJ dan hantar ke 32020.

14. Adakah maklumat peribadi boleh diyakini keselamatannya agar tidak diketahui oleh pihak lain selain pihak sekolah dan pentadbir?

Ya, boleh diyakini kerana data yang diberikan adalah sulit.

15. Ibu bapa ingin menamatkan perkhidmatan. Bagaimana caranya?

Anda cuma taip : STOP dan hantar ke 32020. Tiada sebarang pulangan tambah nilai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: