Johan ZBB 2007


Pertandingan Bola Tampar 12 Tahun Zon Besut Barat telah dijalankan selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Mac di SK Kg Baharu. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai pertandingan pada kali ini. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Lelaki dan Perempuan.

Dalam Pertandingan Akhir yang diadakan pada hari ini, 4 pasukan telah berentap untuk menduduki tempat pertama dan kedua kategori lelaki dan perempuan. Semua perlawanan telah berlangsung dalam tiga set.

Pasukan dari SK Kg Baharu telah mengungguli kategori lelaki dengan menundukkan Pasukan dari SK Kuala Besut II manakala kategori perempuan pula, Pasukan SK Nail telah mengenepikan Pasukan SK Bukit Puteri.

Perlawanan berlangsung dalam suasana yang hangat tetapi masih menampilkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan pemain dan jurulatih semua pasukan.

Medal kemenangan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SK Kg Baharu Pn Kelsom bt Jusoh.

pict0785.JPG
( Johan Lelaki ZBB – SK Kg Baharu bersama Jurulatih dan Guru )

pict0784.JPG
( Johan Kategori Perempuan – SK Nail bersama Jurulatih dan guru pengiring )

Gambar-gambar sekitar temasya ini boleh di layari di http://www.skkgb.blogspot.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: