MLK dan Ceramah Motivasi Perdana UPSR 2007


bdrop.JPG

Jawatankuasa UPSR SK Kampung Baharu, Kuala Besut telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan Majlis Letak Kerja dan Ceramah Motivasi Perdana UPSR 2007 seawal Januari.

Majlis tersebut telah diadakan pada 30 Januari bertempat di Dewan Ilmu SK Kg Baharu. Ianya bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Seramai kurang lebih 350 orang ibubapa telah menghadiri majlis ini. Murid yang turut serta dalam majlis ini ialah murid tahun 6 dan tahun 5.

berdiri2.JPG

Pengisian majlis ini telah disempurnakan oleh penceramah yang tersohor iaitu Tuan Haji Nik Mohamad bin Nik Lib dari SM Teknik Tanah Merah Kelantan.

zul.JPG

Sebelum itu dalam ucapan aluannya, Penyelaras UPSR En Zulkifly Abdullah menyatakan bahawa hasrat dan matlamat sekolah ini untuk menjadi ” peneraju ” kecemerlangan UPSR daerah Besut adalah sangat tinggi tahun ini. Beliau berucap mewakili Tn Hj. Ramli Yaacob ( Guru Besar ) yang tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri perjumpaan Majlis Guru Besar dengan Pengarah Pelajaran Terengganu.

cheman.JPG

En Che Deraman Mamat pula dalam taklimatnya kepada ibubapa mengharapkan kecaknaan yang lebih tinggi dan berterusan dari mereka. Beliau juga memohon agar ibubapa meletakkan ” kerja anak ” melebihi dari kerja ” cari makan “. Semoga dengan komitmen ini mereka akan memperoleh ganjaran kejayaan di masa akan datang.

Turut hadir dalam majlis ini ialah En Zainal Abidin Mat Il ( PK I ), Pn. Azizah Abd Rahman ( PK HEM ) dan Pn Kelsom Jusoh ( PK Ko ).

Penceramah jemputan telah menekankan beberapa topik dalam ucapan beliau, antaranya :

Kebersihan jiwa murid – jiwa yang bersih akan mudah mendapat hidayah dari Allah. Solat merupakan suatu yang tiada kompromi.

Ketaatan kepada kedua Ibubapa – murid tidak patut sama sekali berbohong kepada ibubapa dalam kehidupan seharian mereka sebagai pelajar. Keredaan Allah adalah bergantung kepada keredaan ibubapa.

Kepatuhan kepada Guru – sentiasa ikut arahan dan nasihat guru sama ada suka atau tidak suka. Rajin buat kerja yang disuruh dan banyakkan membaca buku.

Adab belajar – sentiasa tekun, ulangkaji, tumpuan dalam kelas dan sentiasa siap sedia untuk berubah.

Perlakuan Sosial – menjauhi gejala tak sihat spt merokok, dadah, pergaulan bebas dan sebagainya.

Kesilapan dalam mendidik anak – beberapa tip telah diberikan kpd ibubapa dalam menentukan kejayaan anak mereka spt pergaulan yang baik, ambil tahu ttg pelajaran anak, penuhi keperluan pembelajaran mereka serta sokongan moral yang tidak berbelah bagi.

ibubapa1.JPG

Ibubapa yang ditemui selepas majlis tamat memberikan komen yang sangat positif terhadap program ini dan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah ini serta Jawatankuasa yang mengendalikan majlis ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: