Larian Sihat 2007


Latihan Larian Sihat bagi tahun 2007 telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 24 dan 25 Januari ( Rabu dan Khamis ). Latihan ini diadakan mengikut Rumah Sukan.

Pada 24 jan.latihan melibatkan murid-murid Rumah Merah dan Hijau,manakala pada 25 jan pula melibatkan ahli Rumah Biru dan Kuning. Semua guru penasihat rumah terbabit juga terlibat mengawal dan menjaga ” Check Point ” laluan murid sepanjang latihan ini diadakan.

Program ini akan dilangsungkan pada 01 Februari 2007 iaitu hari Khamis ini. Acara ini akan bermula seawal jam 07.45 pagi dan dijangka akan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Peserta larian ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Lelaki Tahun 5 & 6, Perempuan Tahun 5 & 6, Tahun 3 & 4 ( L/P ) serta Tahun 1 & 2 ( L/P ).

Hadiah akan disampaikan oleh Tuan Guru Besar pada akhir acara yang dijangka tamat jam 11.00 pagi.

Sementara itu beberapa jawatankuasa telah dibentuk untuk melicinkan perjalanan acara ini. Jawatankuasa tersebut adalah Hakim Pertandingan, JK Peralatan dan Persiapan Tempat, JK Pencatat, JK Check Point, JK Penunjuk Arah, JK Pelepas, JK Senamrobik, JK Keselamatan dan Pertolongan Cemas, JK Hadiah dan JK Makanan dan Minuman murid dan pegawai.

Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Kelsom Jusoh berkata beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang komitmen yang telah dan akan diberikan oleh semua guru sekolah ini dalam menjayakan acara tahunan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: