Aktiviti Kokurikulum Pertama 2007


10 Januari :

Aktiviti Kokurikulum Pertama 2007 telah dijalankan pada hari ini. Murid Tahap I ( Tahun 3 )telah menjalani aktiviti ini selama satu jam bermula dari pukul 12.45 hingga 01.45 petang. Mereka mengikuti aktiviti Unit Beruniform.

Manakala murid Tahap II ( Tahun 4, 5 dan 6 ) mengikuti aktiviti kokurikulum selama 2 jam bermula 12.45 hingga 01.45. Mereka berehat 30 minit untuk solat zohor berjamaah dan menyambung kembali sehingga jam 03.15 petang.

Pada satu jam pertama mengikuti aktiviti Unit Beruniform dan peringkat kedua aktiviti Kelab dan Persatuan.

Tuan Hj. Ramli Yaacob ( Guru Besar ), Pn. Kelsom bt Jusoh ( Penolong Kanan Kokurikulum ) telah memantau perjalanan aktiviti mingguan ini. Mereka menyatakan bahawa semua guru unit-unit beruniform dan kelab persatuan telah melibatkan diri dengan baik dalam aktiviti ini.

Sementara itu dalam perjumpaan yang telah dijalankan ini, kebanyakan unit dan kelab telah mengadakan pemilihan jawatankuasa mereka yang baru. Selain itu murid juga telah diberikan tugas untuk membuat senarai jawatankuasa baru serta moto dan juga lagu kelab masing-masing.

Guru Penasihat juga telah memberikan penerangan kepada ahli kelab dan persatuan masing tentang peraturan persatuan dan kelab, bayaran yuran tahunan serta pemakaian uniform kelab dan persatuan pada hari aktiviti diadakan.

Perjumpaan berakhir jam 3.30 petang.

pict0215.JPG

Kelihatan Guru Penasihat St. John Ambulan sedang menerangkan sesuatu kepada ahli-ahli mereka.

pict0216.JPG

Ahli St John Ambulan tekun mendengar penerangan daripada Guru Penasihat Persatuan.

pict0214.JPG

Penasihat Persatuan Agama Islam dan ahli mereka sedang membincangkan perlantikan ahli jawatankuasa persatuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: