Perhimpunan Mingguan Pertama 2007


07 Januari : Perhimpunan Mingguan Pertama bagi sesi persekolahan 2007 telah diadakan pada hari ini di Dewan Ilmu SK Kg Baharu. Dalam majlis ini Tuan Hj. Ramli Yaacob ( Guru Besar ) telah memberikan ucapanya yang mengandungi antara lain :

pict0137.JPG

  • Ujian TOV akan diadakan dari 15, 16 dan 17 Januari minggu depan. Semua murid tahun 2 hingga 6 terlibat.
  • Murid Tahun 6 diingatkan bahawa mereka seharuskan telah menpersiapkan fizikal dan spritual untuk menghadapi UPSR tahun ini.
  • Murid disarankan agar mematuhi arahan berpakaian dengan memakai uniform lengkap ketika datang kesekolah.
  • pict0139.JPG

  • Pertandingan Kebersihan antara kelas akan diadakan mulai minggu ke 3. Hadiah piala pusingan dan wang tunai RM50.00 akan diberikan kepada Kelas yang paling bersih setiap bulan.
  • Ketepatan masa semasa sesi perhimpunan mingguan hendaklah dipatuhi oleh semua murid dan guru, khususnya guru yang bertugas agar perjalanan majlis ini tidak melibatkan penggunaan masa matapelajaran pertama selepasnya.
  • pict0140.JPG

  • Suatu demontrasi pemakaian Tie telah dibuat di atas pentas untuk memberikan tunjuk ajar kepada murid cara-cara pemaikaiannya yang betul. Ianya dikendalikan oleh GPK Hem Pn. Azizah bt Abd. Rahman. Beberapa orang murid dijadikan model pemakaian tie yang betul dan yang salah
  • Aktiviti Kokurikulum akan dijalankan sebagaimana yang dirancang mulai Rabu minggu ini ( 10 Januari ). Murid tahap 1 ( tahun 3 ) akan menjalani aktiviti Ko selama satu jam dan akan pulang jam 01.45 petang. Manakala murid tahap 2 ( tahun 4,5 dan 6 ) selama dua jam. Selepas sejam pertama mereka akan rehat dan solat Zohor berjamaah dan terus disambung selepas itu. Mereka akan pulang jam 03.30 ptg.
  • Guru Besar juga telah mengumumkan dan memberi hadiah kepada Pn. Wan Norhashimah Wan Ahmad sempena haji lahir beliau pada 06 Januari.
  • Guru Baru bertugas kesekolah ini iaitu Pn. Rosmariati Mohamad memperkenalkan diri kepada semua yang hadir.
  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: