Selamat Menyambut Tahun 2007


Sekolah di Terengganu, Kedah dan Kelantan memulakan sessi pengajiannya mulai hari ini. Semua murid nampak bersemangat utk belajar. Namun masih ada lagi ibubapa yang baru mendafratkan anak mereka pada hari ini. Mereka mungkin tidak berkesempatan berbuat demikian pada masa yang telah ditetapkan pada 24 Disember lepas.

Di SK Kg Baharu, ibubapa yang mendaftar anak agak lewat mungkin terdiri dari anggota tentera yang baru ditukarkan ke Skuadron 321 Kem TUDM Gong Kedak. Mereka datang dari berbagai tempat di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak. Warga SKKgB mengalu-alukan kedatangan mereka.

Hari ini juga Badan Disiplin telah mengadakan pertemuan dengan Pengawas yang telah dilantik. Penerangan dan taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab mereka telah diadakan di Dewan Ilmu pada jam 12.30 tgh oleh GPK HEM serta guru penasihat badan ini. PSS juga mengadakan pertemuan AJK di Perpustakaan sekolah.

Syabas diucapkan kepada semua guru yang terlibat. Nampak bersemangat melaksanakan tugas yang telah diberikan. Moga ini akan berkekalan hingga penghujung tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: