Wasotiyyah Tunggak Kesatuan Ummah
Posted in Informasi Terkini on January 21, 2013 by mosasita59Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013 akan diadakan pada 29 Januari (Selasa) bermula jam 08.00 pagi dengan perhimpunan , perarakan melalui kampung Gong Manok. Murid dan guru wajib memakai pakaian Baju Melayu mengikut warna rumah masing-masing. Aspek yg dihakimi dalam acara perbarisan ialah banner, keseragaman, kelantangan suara selawat. Acara lain yang akan diadakan ialah forum, kuiz dan qasidah.
Bantuan Awal Persekolahan 2013
Posted in Informasi Terkini on January 21, 2013 by mosasita59Majlis penyerahan Bantuan Persekolahan 2013 bagi semua murid sekolah ini akan diadakan pada 31 Januari (Khamis) mulai jam 2.30 ptg. Murid hendaklah datang bersama ibu atau bapa atau sesiapa sahaja jika tiada ibubapa. Pakaian seragam sekolah.
dan 2013 pun bermula…
Posted in Informasi Terkini on January 19, 2013 by mosasita59Salam 2013/1434.
Kiranya dah agak lewat utk mengucapkan selamat tahun baru(STB) kepada semua. Biasanya sesiapa pun akan mengucapkan STB dihari pertama atau malam sebelumnya ketika cauntdown sambutan. Tak apalah. Yang penting rasanya bukan ucapan tu , tapi gerak aktiviti yg dilaksanakan dlm mengisi ruang tahun tersebut. Macam-macam azam akan diungkapkan dan diangankan dlm menempuhi tahun baru. Namun perlu diingati jika semua yg kita angankan itu tak dilaksanakan maka ianya akan tinggal kekal sebagai angan saja. Jika diterjemahkan ke bentuk tindakan maka ianya akan membuahkan hasil lumayan kepada kita. Begitu juga jika tiada pun apa cita2 di awal tahun, tapi kita bertindak dan laksana segala yg ditetapkan maka kejayaan akan mendatangi kita semua. Selamat beramal.
Jamuan Tahunan 2012
Posted in Informasi Terkini on November 6, 2012 by mosasita59Tadi malam telah berlangsung Majlis makan malam tahunan skkgb di Restoran gemilang Kg Raja. Ianya dihadiri oleh semua guru, kakitangan dan staff swasta. Majlis bermula dari jam 09.00 malam dan berakhir 11.15mlm.
Turut sama hadir ialah En Suhaili Hamzah (wakil PPD) dan Pengerusi PIBG serta isteri. Guru2 dan staff ada yg datang dgn pasangan masing2.
Juga telah diadakan penyampaian hadiah/cenderahati kepada seorang guru Pn Sharifah Ghoni yg telah dapat berpindah ke negeri Kedah mulai sesi 2013 nanti. Sebanyak 6 barangan Cabutan bertuah telah disediakan oleh Kelab Guru.
Anugerah Kecemerlangan 2012
Posted in Informasi Terkini on November 5, 2012 by mosasita59Majlis Anugerah Kecemerlangan SKKgB telah sempurna diadakan mulai jam 09.00 pagi tadi dan berakhir dengan jayanya pada jam 12.00 tgh. Ianya telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( Pembangunan ) Hj Suhaimi Abdullah.
Sebelumya Guru Besar telah menyampaikan ucapan aluan majlis. Turut sama berucap ialah wakil murid yg disampaikan oleh Ketua Murid adik Syamil Che Khalid.
Satu kelainan pada kali ini ialah persembahan Qasidah oleh murid2 yg mana kumpulan Qasidah ini telah dilatih/kendalikan oleh Ustaz Mohamad Shamsuddin.
Guru Sains dan Matematik
Posted in Informasi Terkini on November 2, 2012 by mosasita59MAKLUMAN! Semua guru SAINS DAN MATEMATIK diwajibkan melengkapi soal selidik secara ONLINE di laman web http://www.moe.gov.my/bbt/. dan klik pada ikon “Kajian Penggunaan Istilah dan Perkataan Sains dan Matematik”. Taikh tutup 5hb. Nov.,2012. Tarikh terima maklumat !hb. Nov., 2012 : Cikgu Wan Norhashimah.
Jamuan Akhir Tahun 5 dan Tahun 6
Posted in Informasi Terkini on November 2, 2012 by mosasita59Salam sejahtera semua.
Cukup lama tak update blog skkgb ni. Dah hampir setahun. Hampir2 lupa juga macam mana cara nak masukkan entry ke dalam blog. Hehe inilah penangan FB yang muncul dan menawan hati dan perasaan semua orang. Tapi memang betul, dengan menggunakan FB agak mudah nak bina dan kendalikan laman maya utk organisasi kita.
Walau macam mana pun masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Azam saya pada 2013 nanti insyallah blog ini akan dikemaskini dengan lebih kerap lagi.
Post pertama untuk 2012 ialah jamuan akhir Tahun 5 dan 6. Antara peristiwa yg sempat dirakamkan adalah seperti di bawah.
Laksa Siam…
Mesyuarat Guru
Posted in Informasi Terkini on November 1, 2011 by mosasita59Antara maklumat penting :
1.Sekolah akan bercuti selama 3 hari mulai 6 hingga 8 November sempena Raya Haji.
2. Hari Anugerah Kecemerlangan akan diadakan pada 15 Nov [ Selasa ].
3. Sesi persekolahan pada 2012 akan bermula pada 03 Januari.
4. Pada 2012 sesi persekolahan akan bermula jam 07.45 pagi hingga jam 04.00 ptg. Sebagai percubaan hanya 4 negeri sahaja yg terlibat iaitu Melaka, Pahang, Johor dan Sarawak.2013 akan dilaksanakan di seluruh negara.
[ maklmat oleh GB ]
Markah
Posted in Informasi Terkini on October 30, 2011 by mosasita59Guru yang mata pelajarannya dah selesai peperiksaan, boleh terus menandanya dan masukkan markah terus dalam Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah [ saps ] di alamat berikut : http://saps.moe.gov.my. Kerjsama anda amat dihargai.
Ujian akhir
Posted in Informasi Terkini on October 30, 2011 by mosasita59Sedang berlangsung sekarang ujian akhir tahun 2011. Nampaknya berjalan dengan lancar. Ada tiga 3 orang guru yang tak dapat hadir ke sekolah kerana pengajian PJJ danseorang sakit.
Penggantian tugas telah dibuat oleh PK Pentadbiran. Semoga hari2 lain akan lancar seperti yg dirancang.