Archive for the GALERI UPSR Category

Temu Murni Tahun 6

Posted in GALERI UPSR, Kurikulum on March 6, 2013 by mosasita59

DSC_1695 DSC_1696 DSC_1697 DSC_1698 DSC_1699 DSC_1700 DSC_1701 DSC_1702 DSC_1703 DSC_1704 DSC_1705 DSC_1706 DSC_1717 DSC_1718 DSC_1719 DSC_1720 DSC_1721 DSC_1722 DSC_1723 DSC_1724 DSC_1725 DSC_1726 DSC_1727 DSC_1728 DSC_1729 DSC_1730 DSC_1731 DSC_1732 DSC_1733 DSC_1734 DSC_1735

Ceramah Kesedaran Kepenggunaan Tahun 6

Posted in GALERI UPSR, Kurikulum on October 20, 2011 by mosasita59

Satu ceramah kesedaran kepenggunaan telah diadakan di sekolah hari ini. Ia disampaikan oleh Pegawai2 dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan Koperasi Besut.Peserta yang terlibat terdiri dari murid Tahun 6. Ia telah diselaraskan oleh Cikgu Mohd Rosdi Razak.

Selain ceramah dan tayangan slaid Power Point, aktiviti menyusun kad, kuiz sepontan dan memberikan pendapat juga diadakan. Peserta yg dapat menyelesaikan aktiviti dan kuiz disediakan hadiah yg menarik yang berupa hamper dan barangan keperluan harian.

Yang menariknya ialah semua peserta telah mendapat hadiah dan cenderahati. Terima kasih KPDNKK.

UPSR 2008

Posted in GALERI UPSR, Informasi Terkini, Kurikulum on September 8, 2008 by mosasita59

DIUCAPKAN

SELAMAT MENDUDUKI

PEPERIKSAAN UPSR

KEPADA SEMUA CALON

DARI SEKOLAH INI

DAN UMUMNYA KEPADA SEMUA

518616

CALON UPSR

DI SELURUH NEGARA.

SEMOGA ANDA SEMUA

DIANUGERAHI DENGAN

KECEMERLANGAN.

Restuilah Kami Cikgu…

Posted in GALERI UPSR, Informasi Terkini, Kurikulum on September 8, 2008 by mosasita59

“Majlis Restu Ilmu” calon UPSR telah diadakan hari ini di Dewan Sekolah bermula jam 11.15pagi. Ianya bertujuan memberikan dorongan dan kekuatan semangat kepada semua murid dlm menempuh peperiksaan esok.

Dimulai dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis, Penyelaras Tahun, Guru-guru yang mengajar Tahun 6, Guru Bimbingan, Guru Matapelajaran, Penyelaras UPSR, GP Kanan, Wakil PIBG dan di akhiri dengan ucapan Guru Besar.

Selepas itu acara bersalaman antara semua murid calon UPSR dengan semua guru serta pemberian peralatan peperiksaan yang akan digunakan esok.

Penantian Adalah Suatu Penyeksaan

Posted in GALERI UPSR, Informasi Terkini, Kurikulum on September 7, 2008 by mosasita59

Penantian selama 8 bulan 8 hari akhirnya sampai ke penghujungnya apabila pada 09 September ini ( Lusa ) semua murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Saat ini tentunya semua pihak menanti dengan penuh debaran tarikh keramat tersebut.

Bagi ibubapa yang anaknya yang pertama mengambil peperiksaan tentu agak merisaukan hati. Maklum saja ini adalah pengalaman pertama. Bagi yang dah ada anak sebelum ini mengambil peperiksaan tersebut barangkali gemuruhnya agak kurang.

Pada hari peperiksaan terdapat juga ibubapa yang berpeluh-peluh ketika anak-anak mereka menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Yang hairannya, anak-anak mereka relak saja. Ibubapa pulak yang lebih-lebih terujanya. Rasanya eloklah para ibubapa jangan ditunjuk sangat kegelabahan yang dialami. Mungkin ini akan mempengaruhi emosi anak semasa menjawab soalan peperiksaan nanti. Sebaiknya duduklah dimana-mana tempat yang sesuai samada surau atau di sekitar kawasan sekolah dan penuhilah masa dengan membaca quran atau berdoalah kepada Ilahi agak diberikan ketenangan jiwa dan fikiran kepada mereka.

Selamat menjawab .

Tahun 1 hingga 5 juga serentak dengan UPSR ini akan menjalani OTI5. Disertakan di sini Jadual Peperiksaan OTI 5 yang di maksudkan.

JADUAL OTI5 TAHAP 1

JADUAL OTI5 TAHAP 2

Licence to Success

Posted in GALERI UPSR, Informasi Terkini, Kurikulum on September 6, 2008 by mosasita59

Dua hari lagi murid Tahun 6 sekolah rendah di seluruh negara akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) bagi tahun 2008. Ujian ini amat penting bagi mereka, sekolah dan keluarga masing-masing.

UPSR bukan suatu peperiksaan yang membolehkan calonnya yang lulus dengan cemerlang menggunakan sijil tersebut untuk memohon sesuatu jawatan tertentu dalam bidang pekerjaan. Tetapi bagi calon yang cemerlang dalam peperiksaan ini, langkah pertama mereka untuk mendapat kejayaan di masa hadapan nampaknya terbuka luas. Dengan keputusan cemerlang yang diperolehi banyak peluang akan terbuka kepada mereka. Peluang mendapatkan Pendidikan. Peringkat menengah yang akan ditempohi nanti akan mencorakkan masa depan yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan yang kurang cemerlang.

Sekolah yang akan mereka masuki nantinya sudah tentulah sekolah yang terbaik. Proses pembelajaran juga sudah pasti “kelas pertama” dalam kelasnya. Ibubapa sudah tentu sangat bangga dengan anak-anak mereka yang cemerlang. Sekolah tempat mereka belajar terdahulu juga akan bangga membekalkan anak-anak murid yang baik dan mempunyai daya saing yang tinggi.

Masih tidak terlewat kepada anda semua ( calon UPSR ) untuk “memecut habis-habisan” demi sebuah kejayaan masa depan. Jangan tangguh-tangguh lagi. Guru-guru, ibubapa, rakan-rakan, sekolah dan seluruh masyarakat mendoakan kejayaan anda.

Masjid dan surau di seluruh pelusuk negara mengadakan solat hajat memohon restu Ilahi agar anda semua beroleh kejayaan. Ayuh… sempena Ramadhan yang barakah ini… ciptalah suatu keajaiban demi sebuah kejayaan… 5A dalam genggaman.

Ameeeeeeeeenn.

Janji Kami

Posted in GALERI UPSR, Informasi Terkini, Kurikulum on August 25, 2008 by mosasita59

” BAHAWASANYA KAMI, MURID TAHUN 6 BERIKRAR, PATUH KEPADA TUHAN, TAAT KEPADA IBUBAPA, HORMAT KEPADA GURU-GURU. KAMI JUGA BERJANJI, MEMATUHI DISIPLIN SEKOLAH, BAIK TINGKAHLAKU DAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENCAPAI 5A, MENJULANG NAMA BAIK SEKOLAH SERTA MENCATAT SEJARAH ” TAHUN TERBAIK BESUT ” DALAM UPSR 2008 “

Demikian ikrar yang telah dilafazkan oleh 128 orang calon UPSR Sekolah ini yang telah diadakan di Dewan Ilmu dengan disaksikan oleh Guru Besar, Penolong-penolong Kanan serta semua guru. Turut serta dalam majlis ini ialah murid Tahun 4 dan 5 yang dijemput khas untuk memberikan suntikan semangat kepada mereka sebagai pelapis kecemerlangan sekolah ini.

Majlis dimulai dengan ucapan Sir Zulkifly Abdullah, Penyelaras UPSR. Dalam ucapannya beliau telah menyentuh pencapaian sekolah dalam UPSR sebelum ini dengan penpapaian tempat ketiga dan kedua. Tahun ini adalah peluang terbaik untuk menjadikan sekolah ini sebagai peneraju UPSR Daerah. Kecemerlangan juga adalah merupakan suatu hadiah kepada diri, keluarga dan sekolah.

Hj Abdul Hamid Guru Besar pula mengingatkan murid tentang kekuatan dalam diri yang perlu ada pada setiap pelajar demi melunaskan cita-cita mereka untuk memetik hasil kejayaan.
Selesai ucapan upacara menandatangani Aku Janji pada Poster diadakan. Didahului oleh murid, guru-guru sebagai saksi dan di akhiri dengan Guru Besar dan semua Penolong Kanan.

Olympics…oh olympics…

Posted in GALERI UPSR, VIDEO on August 10, 2008 by mosasita59

Sukan Olympics datang lagi. Ia dinanti dengan teruja oleh semua manusia di atas planet bumi. Mengapa agaknya? Ya, ia merupakan suatu medan di mana semua atlet yang berjaya sampai ke sana adalah merupakan yang terbaik dari negaranya.

Murid-murid yang minat dalam bidang sukan perlu memahat impian untuk sampai tahap olympics. Untuk mencapainya, sumber yang utama adalah pelajaran. Mustahil seorang atlet yang tidak berpelajaran boleh mencapai tahap itu. Kuasailah bidang yang anda minat dan konsisten dalam menerokainya nescaya anda akan boleh mencapai impian anda.

Sukan-sukan juga. UPSR dah tinggal tak sampai sebulan. Jangan asyik dengan saluran olympics nanti dalam peperiksaan anda terkelip-kelip.

Sebulan lagi…

Posted in GALERI UPSR, Kurikulum on August 8, 2008 by mosasita59

Ramai orang berkata ” sekarang ini masa berlalu begitu cepat sekali. Pejam celik pejam celik dah nak habis setahun”. Barangkali betul juga kata mereka. Kita sendiri pun rasa macam itu. Namun apakah benar masa berputar dengan begitu cepat.

Realitinya adalah kehidupan manusia sekarang dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Tidakada masa yang boleh diistilahkan sebagai masa lapang. Masa yang ada jika pun dianggap sebagai masa lapang ianya pasti akan diisi dengan aktiviti juga. Jika tidak aktiviti rasmi maka ianya aktiviti yang tak rasmi dari sudut kerja. Tapi masih dalam kerangka ” buat sesuatu” iaitu aktiviti.

Bagi guru sekolah terutamanya sekolah rendah, bulan Januari sahaja nampaknya yang boleh dikatakan agak rilek sedikit dengan aktiviti di kelas. Masuk sahaja bulan Februari maka bermula dengan aktiviti kokurikulum, perkhemahan, sukan dan pelbagai pertandingan. Selepas cuti pertengahan tahun maka bermulalah episod kerja pagi, petang dan malam. Walaupun sebelah petang dan malam mengajar adalah dengan “kos” ditanggung pelajar. Namun guru masih menjadi pemain utama.

UPSR tinggal lagi sebulan. Murid yang mempunyai potensi cemerlang telah dapat dicungkil hasil dari berbagai gerakgempur yang dilakukan. Mereka ini biasanya terdiri dari kalangan yang mudah dibentuk dan didorong. Yang merisaukan ada dalam kalangan murid yang tak makan dek “motivasi”. Mereka selamba dan bersahaja sejak dari awal tahun sampai akhir tahun. Namun yang membanggakan insan yang dinamakan guru tidak pernah memiliki sikap putus asa. Usaha-usaha tetap dilaksanakan walau klien tertentu nampak macam tidak akan sembuh. Harapannya jika mereka ini tidak akan berubah semasa di peringkat rendah ini maka mudah-mudahan bila mereka memasuki peringkat menengah nanti akan berlaku perubahan jika tidak pun kejutan.

Pengalaman penulis sendiri semasa di sekolah rendah mungkin boleh dijadikan contoh. Seorang rakan mempunyai rekod pembelajaran yang agak trajis. Darjah enam masih tak tau baca dan menulis, apalagi mengira. Masuk peringkat menengah kami membawa haluan masing-masing. Selepas itu saya tidak lagi menemuinya selama lebih 20 tahun. Tiba-tiba suatu hari bertemu di suatu majlis kenduri. Bila bertanya khabar rupa-rupanya beliau sekarang ini menjawat Pengurus Sebuah Bank.

Terkejut gila kata budak-budak sekarang. Siapa sangka seorang murid yg tidak menguasai 3M boleh menjadi Pengurus Bank! Moralnya dari kisah ini ialah ” kita jangan sekali putus harapan terhadap anak didik yang tidak menunjukkan prestasi sebagaimana yang kita kehendaki ” semasa di peringkat sekolah rendah. Kerana terdapat segelintir kanak-kanak yang mempunyai perkembangan daya intelek yang agak lambat. Mungkin bila masuk alam menengah potensi mereka ini akan timbul. Kita tidak tahu.

Segala usaha telah kita buat. Kini giliran ” tawakkal” pula mengambil tempat.
Wassalam.

JADUAL PERCUBAAN UPSR 2008

Posted in GALERI UPSR, Informasi Terkini, JADUAL PEPERIKSAAN, Kurikulum on July 28, 2008 by mosasita59

oti4l1082

oti4l2081

Ia Datang Lagi…

Posted in GALERI UPSR, Informasi Terkini, Kurikulum on July 22, 2008 by mosasita59

Jabatan Pelajaran Terengganu akan mengadakan Ujian OTI 4 ( Percubaan UPSR ) untuk murid Tahun 1 hingga 5 dan Tahun 6 pada 29 hingga 31 Julai 2008.

Semua kertas soalan disediakan oleh JPN Terengganu. Kertas soalan boleh diambil pada 27 Julai 2008 ( Ahad ) di Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) masing-masing. Keputusan Peperiksaan ini hendaklah dimasukkan ke sistem e-pantau dan perlu dihantar ke PPD masing-masing ( u.p : Penyelaras UPSR Daerah ) pada atau sebelum 10 Ogos 2008.

” BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN”

UPSR Pre-Trial Exam

Posted in GALERI UPSR, Informasi Terkini, Kurikulum on July 15, 2008 by mosasita59

Peperiksaan Pra-percubaan UPSR yang telah dijalankan beberapa minggu lepas telah menampakkan hasil yang memberangsangkan dalam kalangan murid sekolah ini.

Dari jumlah 128 calon tahun ini 6 orang daripadanya memperolehi keputusan 5A, 8 orang 4A 1B dan 3 orang 4A 1C. Menurut Hj Abd Hamid Abd Halim Hasni (Guru Besar ), kemampuan yang ditunjukkan pelajar tahun ini agak membanggakan. Beliau turut berharap agar keputusan ujian sebenar nanti akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Sementara itu Program Motivasi pagi untuk murid Tahun 6 telah dimulakan sejak seminggu. Majlis dimulakan dengan Zikir Munajat, Salawat serta bacaan doa-doa terpilih. Seorang guru akan memberikan motivasi pada setiap hari selama 30 minit. Program ini merupakan aktiviti tetap yang diadakan setiap tahun. Ia bertujuan memberikan semangat juang yang tinggi dalam minda semua calon UPSR.

CAKNA KEPADA ANAK

Posted in GALERI UPSR, Informasi Terkini, Kurikulum on July 8, 2008 by mosasita59

Majlis Temu Murni UPSR yang berlangsung hari ini di Dewan Ilmu sekolah menampakkan bahawa ibubapa sangat cakna terhadap pelajaran anak mereka. Daripada 127 calon UPSR 2008, 98% ibubapa dapat hadir bertemu dengan guru-guru mata pelajaran untuk mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka.

Majlis bermula jam 09.30 pagi dan berakhir 12.30 tengahari. Berbagai gelagat dan karenah murid dapat dilihat bila mereka ditemukan dengan guru dan ibubapa bersama analisa keputusan Pra-percubaan UPSR yang telah dijalankan pada minggu lepas. Ada yang menangis bila beri nasihat oleh guru dan ada juga yang mengalirkan air mata sebaik sahaja nama dipanggil kemeja guru bersama ibubapa masing-masing.

TAKLIMAT PROGRAM PENAMBAH NILAI UPSR 2008

Posted in GALERI UPSR, Informasi Terkini, Kurikulum on July 1, 2008 by mosasita59

Unit Kurikulum Rendah, Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Terengganu telah mengadakan Taklimat Program Penambah Nilai UPSR 2008 ( Program ZOOM-A ) di SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu pada 01 Julai mulai 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Taklimat ini di hadiri oleh 70 orang Guru Penyelaras ICT sekolah terlibat yang dipilih dari semua daerah di Terengganu. Sementara taklimat pula di sampaikan oleh Pegawai dari One Touch Education Sdn Bhd penyedia perisian pembelajaran Zoom-A secara interaktif.

Objektif Program ini ialah :

1. Membantu mempertingkatkan kecemerlangan akademik dalam kalangan murid.
2. Membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan murid, guru dan sekolah.
3. Mengikis pandangan serong terhadap penggunaan ICT yang dicemari oleh elemen pornografi.
4. Melahirkan murid yang celik IT dalam penggunaan pengetahuan ICT secara positif dan menghindari mereka daripada terjerumus ke kancah keruntuhan akhlak.
5. Melahirkan warga pendidik yang celik IT bersesuaian dengan arus perdana pendidikan dan wawasan negara.
6. Memastikan penggunaan makmal komputer dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya agar tidak dipersia-siakan.
7. Meletakkan kemajuan negara di persada antarabangsa selaras deangan era pengglobalisasian.

Kandungan Program Zoom-A ini antaranya :

1. ZOOM-A ( Penjana Kecemerlangan akademik)
2. GALERI A ( Gedung Ilmu Pengetahuan Sokongan )
3. WEBMEL ( Demensi Baru Komunikasi Global )
4. WEBEDIT ( Modul Membina Laman Web )

Dalam setiap topik terdapat sub-topik yang pelbagai dan mencakupi semua kemahiran pembelajaran mengikuti sukatan pelajaran terkini. Program ini di berikan secara per*****a kepada JPN, PPD, Pengurusan Sekolah, Guru dan Murid Tahun 6. Manakala murid lain boleh mendapatkan langganan dengan kadar bayaran hanya RM10.00 setahun.

Solat Melatih Otak Menjadi Pintar

Posted in GALERI UPSR, Kurikulum on May 28, 2008 by mosasita59

Kajian pernah dilakukan oleh sarjana barat tentang Solat. Ia bukanlah kajian biasa. Mereka ingin melihat Solat dari sudut yang berbeza iaitu kebaikannya dari segi fizikal manusia. Mereka mengkaji mengapa Solat telah difardukan dengan pergerakan-pergerakan tertentu dari satu rukun kepada rukun yang lain.

Dapatan dari kajian yang dilakukan ini mendapati bahawa solat terbukti dapat merangsang otak manusia menjadi lebih pintar. Rasionalnya ialah apabila seseorang bangun waktu pagi maka mereka berwuduk lalu menunaikan solat subuh. Dalam waktu sebegini manusia belum melakukan sebarang aktiviti. Fikiran dan anggota badan belum melakukan apa-apa kerja yang menggunakan tenaga.

Apabila manusia Solat, maka seluruh tumpuan fikiran difokaskan kepada mengingati Allah. Bila tiba pada rukun sujud maka kedudukan kepala seseorang berada paling bawah berbanding dengan anggota lain. Salah satu darinya adalah jantung, juga berada diposisi ke atas dari kepala. Sebagaimana yang di ketahui jantung adalah tempat di mana darah diproses dan dihantar keseluruh anggota badan. Di sinilah juga darah menerima oksigen dan proses melarutkannya berlaku. Darah yang telah sebati dengan oksigen ini amat penting kepada otak. Oleh kerana kepala [ otak ] manusia berada pada posisi yang terendah ketika sujud, maka otak menerima bekalah darah yang mengandungi oksigen dengan banyak. Ini boleh membantu meningkatkan kecerdasan otak.

Solat juga melatih kita berfikir secara jelas dan terperinci. Contohnya : apabila anda hendak Solat, anda akan berniat seperti berikut :

” Sahaja aku Solat Subuh dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala”

Apa yang anda dapat perhatikan dari niat tersebut? Walaupun sesetengah ulamak tidak mewajibkan lafaz sedemikian, namun ia menunjukkan niat dalam hati perlu terperinci. Apa perbuatan yang ingin dilakukan, jenis perbuatan, bagaimana kaedah dilakukan dan apa yang hendak dicapai dari perbuatan itu.

Dalam Solat tadi ia dapat dilihat dari aspek berikut :

Kerja : Solat
Jenis : Subuh
Sifat kerja : dua rakaat
Bagaimana : secara berjamaah
Matlamat : keredaan Allah Taala

Cuba kita adaptasikan kemahiran ini dalam menetapkan destinasi anda.

Matlamat : 5A UPSR @ 9A SPM @ 4P STPM.
Jenis : Peperiksaan
Bentuk : cemerlang
Tempoh : 4 bulan dari sekarang
Bagaimana : belajar bersungguh-sungguh.

Bagaimana ? Sudahkah anda menyempurnakan solat hari ini ?

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.