Peperiksaan Akhir Tahun
OTI 5 @ Peperiksaan akhir tahun akan dijalankan mulai 30 Okt hingga 3 Nov iaitu pada minggu depan bermula Ahad hingga Khamis. Soalan ujian semunya disediakan oleh JPNT kecuali untuk Tahun 1 dan Matapelajaran teras Tahun 6 yg dikehendaki guru matapelajaran yg menyediakannya.
Tahun 1 sebagaimana yg dimaklumi ianya menggunakan kurikulum KSSR. Format dan kaedah penilaian dan pentaksirannya berlainan daripada KBSR. Guru yang terlibat telah sedia maklum dengan kaedah dan cara pengujiannya. Mereka telah diberikan latihan yg mencukupi dalam mengendalikan pentaksiran berkaitan.
Pihak sekolah mengucapkan “Selamat Menghadapi Peperiksaan” kepada semua murid. Moga ujian ini menjadikan anda semua murid yg bertambah baik pencapaiannya dari tahun sebelumnya.
Kepada semua guru, moga dapat menyiapkan penandaan kertas jawapan peperiksaan pada masa yang ditetapkan dan dapat memasukkan markah yang dikehendaki ke dalam sistem SAPS dan SPPBS.