Wahdah Pemangkin Khaira Ummah
Majlis sambutan Malidur Rasul 2009 telah diadakan di sekolah ini dengan penuh meriah pada hari ini. Ia dimulai dengan perarakan mengikut rumah sukan sejauh 2 kilometer, pertandingan melaungkan azan, persembahan nasyid dan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh murid.


Selepas semua acara selesai dilangsungkan satu jamuan tengahari untuk guru dan kakitangan diadakan di kantin sekolah.

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan perarakan dan azan telah disempurnakan oleh Guru Besar di Dewan Ilmu.
Semasa acara pertandingan azan berlangsung, acara kuiz lisan dibuat untuk memberikan keselesaan kepada murid. Mereka yang dapat menjawab soalan yang dikemukakan telah menerima hadiah.

Johan keseluruhan pertandingan perarakan telah disandang oleh Rumah Merah diikuti Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah Hijau.

