SOLAT HAJAT DAN KUTIPAN DERMA GAZA
Satu majlis Solat Hajat dan Kutipan derma untuk membantu penduduk Gaza yang diserang Israel telah diadakan di Masjid Hadhari Jerteh mlm tadi. Majlis bermula dengan solat Maghrib, Ucapan aluan oleh YB Pahemi ( ADUN Kota Putera) mengantikan YB Dato Seri Idris Jusoh yg tidak dapan hadir kerana mesyuarat di Kuala Lumpur. Turut Hadir ialah YB Kuala Besut, Yb Jabi dan YB Hulu Besut.
Satu penerangan mengenai pengalaman berada di Gaza oleh En Razali Awang ( Pemberita TV3) yang membuat liputan di sana selama enam hari turut di adakan. Tayangan Video mengenai Gaza di buat di Masjid dan Di Tapak Pasar malam Jerteh.
Selepas solat hajat kutipan derma di lancarkan dan berjaya mengumpul sebanyak RM64,000 . Semua derma di serahkan kepada pihak TV3 yang akan menyampaikan kepada pihak yg terlibat.